Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, September 4, 2015

MyLesen RM299 Bagi Kos Milik Lesen Motosikal Bermula 15 September

MyLesen Motosikal
Mulai 15 Sept, orang ramai boleh memiliki lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen masing-masing.
“Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat bahaya. Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa lesen).
“Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ.
Liow berkata program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.
Mengulas mengenai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, beliau berkata Kementerian Pengangkutan, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang dalam proses mengkaji semula Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara), Sistem Penalti Mata dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Berdasarkan kajian yang sedang dijalankan ke atas ketiga-tiga sistem berkenaan berkemungkinan dapat dilaksanakan secara teratur awal tahun depan, kata Liow.
Namun bagi AES, beliau berkata kajian perlu dibuat secara terperinci supaya rakyat dapat mengetahui faedahnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More