Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, September 4, 2015

Laluan Hadapan Phileo Damansara Dan Hotel Eastin Lebuhraya Sprint Ditutup Ahad Ini

LITRAK Lebuhraya Sprint
Laluan di Km3.6 di hadapan Phileo Damansara dan Hotel Eastin, Lebuhraya SPRINT akan ditutup sepenuhnya selama 18 jam pada Ahad (6 Sept) dari 12 malam hingga 6 petang.
Timbalan Pengarah MMC Gamuda KVMRT Adil Putra berkata penutupan jalan itu bagi melancarkan kerja pembinaan jambatan penghubung di pintu masuk Stesen MRT Phileo Damansara.
“Penutupan sepenuhnya laluan itu adalah perlu kerana kami memerlukan ruang kerja yang selamat bagi menempatkan jentera berat yang diperlukan bagi kerja itu,” katanya pada sidang media, semalam.
Katanya sepanjang penutupan jalan itu, pengguna jalan raya dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur perlu membuat pusingan U dan membelok ke kiri ke Jalan Tan Sew Pow dan kemudian masuk semula ke Lebuhraya SPRINT sebelum masuk ke Jalan 17/21.
Pengguna jalan raya juga boleh memilih untuk membelok ke kiri ke Jalan 17/22 sebelum meneruskan perjalanan ke Jalan 16/6, atau ke Jalan Universiti sebelum masuk ke Jalan Dato’ Abu Bakar untuk ke Kuala Lumpur, dan lencongan ini juga terpakai kepada pengguna dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) untuk ke Kuala Lumpur.
Sementara pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur yang menggunakan Lebuhraya SPRINT untuk ke Petaling Jaya, TTDI atau NKVE boleh memilih untuk masuk ke Jalan Dato’ Abu Bakar dan membelok ke kanan ke Jalan 16/16 dan kemudian membelok ke kanan ke Jalan 17/1 untuk ke Petaling Jaya.
Selain petugas syarikat dan tanda arah jalan, polis trafik juga akan ditempatkan di kawasan sekitar untuk memberi panduan kepada pengguna jalan raya sepanjang penutupan jalan itu, katanya.
Adil berkata MMC-GAMUDA percaya penutupan jalan selama 18 jam itu adalah mencukupi untuk kerja pembinaan itu disiapkan.
“Bagaimanapun sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan, kami akan memastikan ia tidak membahayakan pengguna jalan raya termasuk memanjangkan tempoh penutupan jalan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More