Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, September 9, 2015

Laku Keras? Proton Tingkatkan Pengeluaran Persona Baharu

proton-persona-executive

Proton Tingkatkan Pengeluaran Persona

PROTON Holdings Berhad (PROTON) akan menambah pengeluaran model Persona bertujuan untuk memenuhi peningkatan permintaan tempahan yang stabil terhadap model terbabit.
Ini berikutan permintaan terhadap model itu semakin kukuh disebabkan kejatuhan nilai ringgit dan kereta sedan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sepanjang tahun dengan demografi pengguna kini semakin meluas daripada keluarga tradisional kepada golongan muda serta profesional.
proton-persona-executive2
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, penambahan pengeluaran Persona akan menyaksikan syarikat itu mengubah jadual pengeluaran di kilangnya di Tanjung Malim, Perak selepas selesai membaik pulih dan menaik taraf beberapa barisan pengeluarannya.
“Terdapat permintaan kukuh untuk segmen sedan ini berdasarkan maklum balas pasaran. Oleh itu, kami menambah pengeluaran model ini untuk memenuhi peningkatan terbabit selepas pengeluarannya diberhentikan ekoran aktiviti pengubahsuaian di kilang. Kami gembira kerana lebih ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka disebabkan saiznya yang besar, penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraan yang rendah,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan.
proton-persona-executive1
PROTON Persona mula dilancarkan pada 15 Ogos 2007 dan berjaya mencatatkan jualan menggalakkan sehingga 31 Ogos 2015 serta memenangi berjaya anugerah berprestij seperti Model Kereta Terbaik Tahunan 2008 Frost and Sullivan dan Kereta Bernilai Untuk Wang Terbaik 2008 menerusi Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2011.
Model itu dijana enjin Campro IAFM 1.6 liter dan boleh diperoleh dalam dua varian iaitu Persona Super Value (SV) dan Persona Executive, berharga daripada RM44,658.
“Pengeluaran sudah dipertingkatkan sejak beberapa bulan lalu untuk memenuhi permintaan pelanggan terutama menjelang sambutan beberapa perayaan akan datang sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Orang ramai digalakkan mengunjungi bilik pameran PROTON di seluruh negara dan memandu uji kereta terbabit menerusi kempen promosi ulang tahun ke-30 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Antara tawaran menarik adalah bayaran muka rendah untuk kereta PROTON terpilih sehingga RM3,000 untuk jualan balik kereta, kadar pembiayaan serendah 1.99 peratus dan lanjutan jaminan sehingga tujuh tahun untuk pembeli baru.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More