Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, September 21, 2015

Info Tarikh Rasmi Puasa Sunat Hari Arafah 2015 Di Malaysia

Tarikh rasmi puasa sunat Hari Arafah 2015 di Malaysia. Bagi individu yang tidak dapat menunaikan haji di Mekah ketika Hari Raya Aidiladha, anda boleh menunaikan puasa sunat Arafah. Untuk info, puasa sunat Arafah jatuh pada setiap 9 Zulhijjah bersamaan dengan 23 September 2015 iaitu sehari sebelum hari raya korban yang jatuh pada 24 September 2015. Oleh itu, umat islam boleh menunaikan puasa sunat hari Arafah sebaik selepas sahaja masuk waktu maghrib hari selasa 22 September 2015.

puasa arafah

Tarikh Rasmi Puasa Sunat Arafah 2015 Di Malaysia
  • 22 September 2015 (Selasa) sebaik selepas masuk waktu Magrib
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
niat arafah

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah
Ketika tibanya hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, Rasulullah SAW amat bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT.  Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (berdoa).

Diriwayatkan juga, Rasulullah SAW tidak akan meninggalkan Padang Arafah sehinggalah terbenamnya matahari. Manakala bagi mereka yang tidak berpeluang berada di Arafah, gunakanlah peluang hari Arafah ini untuk kita perbanyak doa memohon keampunan daripada ALlah SWT.

Kita juga dianjurkan berpuasa sunat hari Arafah kerana ganjaran yang ditawarkan oleh Allah juga amat istimewa. Marilah kita ambil peluang diberikan Allah SWT untuk memperbanyak ibadah-Nya, kerana sesungguhnya 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah hari-hari ibadah yang utama, terutama pada hari Arafah, Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari-hari Tasyrik.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More