Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, September 17, 2015

Huh! Lamborghini Huracan Spyder Didedahkan Di Frankfurt!

Lamborghini Huracan Spyder

Lamborghini Huracan adalah masih segar di dalam pasaran kereta supercar, tetapi di Frankfurt Motor Show 2015, Lamborghini memberikan nafas baru kepada penggemarnya bagi varian V10 itu dengan pengenalan model LP 610-4 Spyder. Pengenalan ini akhirnya memberikan jenama tersebut pengganti semula jadi bagi model Gallardo Spyder yang sudah diberhentikan pengeluarannya.
Secara mekanikal, pembeli model Lamborghini Huracan Spyder ini masih lagi menerima enjin petrol 5.2-liter V10 yang menghasilkan 602HP dan 560Nm tork. Kotak gear 7-kelajuan dwi-klac yang sama turut menghantar ke setiap roda. Dari segi prestasi pula, ianya mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 3.4 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 323km/j.

Lamborghini Huracan Spyder

Satu perbezaannya dengan model sebelum ini ialah ianya boleh membuka bumbung dalam masa hanya 17 saat pada kelajuan sehingga 50km/j.
Pereka Lamborghini bukan membuang bumbung begitu sahaja. Bahagian bumbung ini disorok di belakang tempat duduk bagi memberikan estetik yang lebih menarik dan juga memberikan haluan angin kepada penumpang dan pemandunya.
Lamborghini Huracan Spyder
Model Lamborghini Huracan Spyder LP 610-4 dijangkakan bakal tiba di pasaran pada suku kedua tahun 2016. Ianya dijangkakan bakal dijual di Eropah bermula pada harga Euro 186,450 (RM894,158 mengikut mata wang semasa).

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More