Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, September 27, 2015

Resepi Cara Buat CRISPY FISH WITH APRICOT SAUCE



Bahan Utama:-
1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
1 biji telur, dikacau sedikit
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
3/4 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
1 1/2 cawan quaker oat
Minyak utk goreng trendam

Bahan Sos:-
2 camca besar jem apricot
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 camca teh cuka
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
2 camca besar kicap cair
3 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula (jika perlu)

Bahan Lain:-
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, dihiris serong
1/2 biji green capsicum, didadu

Cara membuatnya:-
  1. PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
  2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api.
  3. UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain.
sumber : www.tiffinbiru.com

Thursday, September 24, 2015

Ngeri! Berita Palsu Hantu Penanggal Di Miri Sarawak Tersebar

Berita palsu penemuan hantu penanggal di Permyjaya dan Kampung Tudan Miri Sarawak tersebar. Menerusi laman sosial, kecoh dengan hebahan mendakwa seorang bayi telah menjadi mangsa hantu penanggal atau lebih dikenali sebagai balan-balan. Cerita palsu seperti ini hanyalah untuk mencetuskan suasana huru hara di sekitar Miri Sarawak. 

Lebih menyakinkan lagi khabar angin tersebut, turut disertakan foto penanggal yang telah ditangkap serta bayi yang telah menjadi mangsa. Untuk info, foto penanggal yang tersebar itu hanyalah props untuk digunakan dalam filem terbitan Astro dengan kerjasama Grand Brilliance berjudul Penanggal. Selain itu, berdasarkan tarikh khabar angin tersebut, ianya mula disebarkan sejak tahun lalu april 2014 sebelum ianya disebarkan semula pada 22 September 2015.

 palsu

Gambar Hantu Penanggal Di Miri Sarawak Tersebar Hanyalah Props

palsu 2

Berita Palsu Hantu Penanggal Di Miri Sarawak Tersebar

palsu 3 
palsu 4

Ya Allah Kayalah Aku! Penjelasan Gaji Staff RHB Bank Terlebih Bayar September 2015

Penjelasan isu gaji pekerja atau staff RHB Bank terlebih masuk pada bulan september 2015. Kini kecoh dilaman sosial apabila semua pekerja RHB Bank mendapat bayaran 10 kali ganda daripada gaji bulanan mereka pada awal pagi 23 September 2015. Berikut adalah perkongsian gaji yang telah dibayar kepada staff RHB Bank.

gaji

Lagi Penyata Gaji Staff RHB Bank Terlebih Masuk September 2015
Bayangkan jika bangun awal pagi, anda yang sepatutnya menerima gaji RM3,000 sebulan kini telah menerima gaji sebanyak RM30,000.

baki

gaji 2

Pekerja RHB Ini Menerima Gaji Bulanan Sebanyak RM37,501.28
Terkejut bukan? Sebenarnya pihak RHB telah membuat kesilapan dengan penambahan angka “0” dalam sistem pembayaran. Gaji sebenar pekerja ini adalah RM3,750.12

pekerja ini

Penjelasan Isu Gaji Staff RHB Bank Terlebih Masuk September 2015
Namun pengumuman daripada RHB adalah sangat mendukacitakan bagi mereka yang baru sahaja menjadi kaya dalam beberapa jam. Pihak pengurusan RHB memakluman bahawa terdapat kesilapan teknikal pada bahagian IT sehingga kesemua gaji pekerja RHB terlebih angka “0”. Contoh jika staff RHB bergaji bulanan RM4,000 maka awal pagi 23 september mereka akan menerima RM40,000 kemasukan ke akaun bank. RHB menyatakan bahawa pemotongan semula gaji yang terlebih bayar akan dibuat pada hari yang sama. Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan duit lebihan tersebut kerana ianya salah disisi undang-undang.

rhb

Monday, September 21, 2015

Gambar Microsoft Band 2 Terbongkar – Memperlihatkan Rekaan Dengan Skrin Sedikit Melengkung

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan gelang tangan pintar yang mesra pelbagai platform, dinamakan sebagai Microsoft Band. Pada tahun ini, mereka dijangka akan mengumumkan kemaskini untuk peranti berkenaan – berkemungkinan bersama-sama pengumuman Surface Pro 4 dan juga peranti Lumia baru.
Microsoft Band 2
Microsoft Band 2 kelak dilihat akan membawakan rekaan yang lebih melengkung berbanding versi sebelum ini. Ia dilihat akan menyertakan pelbagai sensor seperti versi asalnya – dimana antaranya adalah termasuk integrasi GPS, gyrometer mikrofon, dan juga sensor UV.
Microsoft dijangka akan memperkenalkan ia pada bulan Oktober ini. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan ditawarkan di beberapa negara sahaja secara terhad – ataupun akan dipasarkan pada peringkat global.

Gambar Telefon Bimbit Meizu Pro 5 Terbongkar – Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Ini

Meizu menjadualkan acara pengumuman peranti baru mereka pada minggu ini, dimana mereka juga dijangka akan memperkenalkan penjenamaan baru pada tarikh yang sama. Kini, beberapa hari sebelum apa yang dijadualkan, gambar peranti yang bakal diperkenalkan, iaitu Meizu Pro 5 tertiris ke arena web.
Meizu Pro 5
Mengikut desas-desus sebelum ini, Meizu Pro 5 ini kelak dijangka akan membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD penuh, memori 4GB RAM, dan kamera belakang 21-megapixel. Ia juga dijangka akan menggunakan cip pemprosesan daripada Samsng, berkemungkinan Exynos 7420.
Disamping membawakan spesifikasi terkini, Meizu Pro 5 juga dijangka akan menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka Flyme OS 5.0. Kita akan mendengar lebih lanjut mengenai produk baru daripada Meizu ini secara rasmi daripada mereka pada 23 September ini.

Duit BRIM : Berita Terkini BR1M 2015 Dibayar Awal 21 September 2015

Berita terkini BRIM 2015 akan dibayar lebih awal pada 21 September 2015. Orang ramai yang sepatutnya menerima bayaran BR1M ansuran ketiga bagi kategori isi rumah pada 28 September 2015 telah dipercepatkan kepada 21 September 2015. Pembayaran ini diawalkan dari tarikh asal bersempena dengan perayaan AidilAdha atau hari raya korban yang jatuh pada 24 September 2015.

brim dipercepatkan

Tarikh Terkini Pembayaran BR1M 2015 Ansuran Ketiga
Diawalkan kepada 21 September 2015 berbanding tarikh asal 28 September 2015

brim

Info Tarikh Rasmi Puasa Sunat Hari Arafah 2015 Di Malaysia

Tarikh rasmi puasa sunat Hari Arafah 2015 di Malaysia. Bagi individu yang tidak dapat menunaikan haji di Mekah ketika Hari Raya Aidiladha, anda boleh menunaikan puasa sunat Arafah. Untuk info, puasa sunat Arafah jatuh pada setiap 9 Zulhijjah bersamaan dengan 23 September 2015 iaitu sehari sebelum hari raya korban yang jatuh pada 24 September 2015. Oleh itu, umat islam boleh menunaikan puasa sunat hari Arafah sebaik selepas sahaja masuk waktu maghrib hari selasa 22 September 2015.

puasa arafah

Tarikh Rasmi Puasa Sunat Arafah 2015 Di Malaysia
  • 22 September 2015 (Selasa) sebaik selepas masuk waktu Magrib
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
niat arafah

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah
Ketika tibanya hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, Rasulullah SAW amat bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT.  Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (berdoa).

Diriwayatkan juga, Rasulullah SAW tidak akan meninggalkan Padang Arafah sehinggalah terbenamnya matahari. Manakala bagi mereka yang tidak berpeluang berada di Arafah, gunakanlah peluang hari Arafah ini untuk kita perbanyak doa memohon keampunan daripada ALlah SWT.

Kita juga dianjurkan berpuasa sunat hari Arafah kerana ganjaran yang ditawarkan oleh Allah juga amat istimewa. Marilah kita ambil peluang diberikan Allah SWT untuk memperbanyak ibadah-Nya, kerana sesungguhnya 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah hari-hari ibadah yang utama, terutama pada hari Arafah, Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari-hari Tasyrik.

Friday, September 18, 2015

Tergempar! Video Culik, Biodata & Gambar Mayat Kevin Morais Dibunuh Kejam

iodata dan gambar mayat Kevin Morais dibunuh kejam. Negara Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan seorang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara. Motif rasmi pembunuhan dipercayai akibat dendam susulan Kevin Morais sedang mengetuai siasatan terhadap kes rasuah melibatkan seorang doktor berusia 52 tahun iaitu suspek utama. Pihak polis bagaimanapun menafikan punca pembunuhan ada kaitan dengan siasatan terhadap syarikat 1MDB. Terkini, Kevin Morais yang dilaporkan hilang diculik pada 4 September lalu ditemui dalam keadaan menyayat hati pada 16 September 2015 dimana mayat Kevin dijumpai berada dalam tong drum yang sudah dikonkrit.

kevin morais

Biodata Mayat Kevin Morais Peguam Dibunuh Kejam
Nama Penuh: Anthony Kevin Morais
Bangsa: India
Umur: 55 Tahun
Pekerjaan: Timbalan Peguam Pendakwa Raya
Jawatan Terkini: Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara
Jawatan Terdahulu: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

Kronologi Kematian:
4 September 2015: Kevin dilaporkan hilang dan diculik selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

5 September 2015: Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis ditemui dalam keadaan sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

16 September 2015:  Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.

17 September 2015: Suspek berusia 52 tahun dipercayai doktor perubatan anggota tentera Malaysia (ATM) ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh berprofil tinggi tersebut. Motif pembunuhan Morais berkaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun.

Lagi Foto Anthony Kevin Morais Dari Jabatan Penguam Negara
kevin

Gambar Kereta Milik Kevin Morais Ditemui Pada 4 September 2015
Foto Proton Perdana milik Kevin Morais hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor chasis enjin juga sudah dipadam untuk hapuskan bukti.

kereta

mayat 6

Gambar Mayat Kevin Morais Ditemui 16 September 2015
Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit yang dibuang didalam parit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1.

mayat 4 mayat 5

parit-1

mayat 7

mayat-1

kevin-2

tong

parit-2

mayat 2

mayat-3

Video Rakaman CCTV Saat Kevin Morais Diculik 4 September 2015

Thursday, September 17, 2015

Huh! Lamborghini Huracan Spyder Didedahkan Di Frankfurt!

Lamborghini Huracan Spyder

Lamborghini Huracan adalah masih segar di dalam pasaran kereta supercar, tetapi di Frankfurt Motor Show 2015, Lamborghini memberikan nafas baru kepada penggemarnya bagi varian V10 itu dengan pengenalan model LP 610-4 Spyder. Pengenalan ini akhirnya memberikan jenama tersebut pengganti semula jadi bagi model Gallardo Spyder yang sudah diberhentikan pengeluarannya.
Secara mekanikal, pembeli model Lamborghini Huracan Spyder ini masih lagi menerima enjin petrol 5.2-liter V10 yang menghasilkan 602HP dan 560Nm tork. Kotak gear 7-kelajuan dwi-klac yang sama turut menghantar ke setiap roda. Dari segi prestasi pula, ianya mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 3.4 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 323km/j.

Lamborghini Huracan Spyder

Satu perbezaannya dengan model sebelum ini ialah ianya boleh membuka bumbung dalam masa hanya 17 saat pada kelajuan sehingga 50km/j.
Pereka Lamborghini bukan membuang bumbung begitu sahaja. Bahagian bumbung ini disorok di belakang tempat duduk bagi memberikan estetik yang lebih menarik dan juga memberikan haluan angin kepada penumpang dan pemandunya.
Lamborghini Huracan Spyder
Model Lamborghini Huracan Spyder LP 610-4 dijangkakan bakal tiba di pasaran pada suku kedua tahun 2016. Ianya dijangkakan bakal dijual di Eropah bermula pada harga Euro 186,450 (RM894,158 mengikut mata wang semasa).

Wow! Bugatti Vision Gran Turismo Versi Sebenar Ditunjukkan!

Bugatti Vision Gran Turismo

Bugatti, pengeluar yang membuat supercar berkuasa 1,200HP dengan tanda harga sehingga berjuta Ringgit, telah mendedahkan kereta fantasi dunia maya di Frankfurt Motor Show 2015. Model ini bukanlah diperbuat daripada piksel. Jurutera Bugatti membina versi yang nyata dan boleh dipandu!
Bugatti Vision Gran Turismo ialah model kereta yang muncul di permainan video popular Gran Turismo 6. Versi nyata ini boleh dipandu sepenuhnya tetapi ianya tidak dibina untuk mengikut kawalan keselamatan kerajaan – hanya kawalan perlumbaan.

Bugatti Vision Gran Turismo

Kereta konsep ini sangat penting di mana ianya memberikan sedikit pandangan tentang reka bentuk kereta Bugatti yang bakal dibangunkan nanti. Sebagai salah satu daripada Volkswagen Group, Bugatti dikaitkan dengan pengeluar kereta mewah seperti Lamborghini dan Bentley, tetapi ianya adalah lebih eksklusif. Dalam dekad yang sudah berlalu, Bugatti telah menjual 450 kereta di seluruh dunia pada harga yang mencapai jutaan Ringgit, di mana semuanya merupakan versi dari model yang sama, Bugatti Veyron.
Dikausakan oleh enjin turbocharged 16 silinder, Bugatti Veyron berevolusi sepanjang kewujudannya, meningkat dari segi kelajuan dan kuasa. Model terakhir mempunyai 1,200HP dan mampu dipandu lebih dari 400km/j! Kali ini, Bugatti sedang berusaha untuk mengeluarkan pengganti model tersebut.

Bugatti Vision Gran Turismo

“Bugatti Vision Gran Turismo ialah peringkat pertama dalam satu perjalanan baru bagi Bugatti setelah kejayaan Veyron,” kata ketua Bugatti, Wolfgang Durheimer.
Durheimer turut menambah bahawa model pengganti Veyron bakal didedahkan tidak lama lagi.
Bugatti Vision Gran Turismo
Pereka bentuk kereta konsep ini berinspirasikan kereta lumba Bugatti pada tahun 20-an dan 30-an. Berpangkalan di Perancis pada masa itu, Bugatti telah memenangi perlumbaan LeMans pada tahun 1937 dan 1939. kereta Bugatti Vision Gran Turismo ini direka bentuk untuk cemerlang di atas trek LeMans yang merangkumi trek yang panjang dan lurus – meletakkan keutamaan pada kelajuan maksimum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More