Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 25, 2015

Sempoi! Kereta Konsep Toyota Yaris Legian Muncul Di 2015 GIIAS Tanpa Bumbung

2015 Toyota Yaris Legian Konsep

Toyota turut membawa beberapa kereta ke 2015 Gaikindo Indonesia International Motor Show. Yang menarik minat orang ramai ialah model konsep Toyota Yaris Legian dengan reka bentuk yang sangat moden.
Seperti yang anda dapat lihat, model ini tidak mempunyai bumbung, satu ciri yang sangat berbeza dibawa oleh Toyota. Ianya juga turut didatangkan dengan hanya 2 pintu dan dicat dengan warna oren terang.

2015 Toyota Yaris Legian Konsep

Selain itu, model Toyota Yaris Legian ini turut diberikan sentuhan TRD secara keseluruhannya. Lampu hadapan didatangkan dengan 3 lekuk dan lampu LED DRL diterapkan ke dalam lampu hadapan dan melekapi 3 lekuk ini. Reka bentuk gril hadapan besar juga lebih bercirikan kemodenan dan sejajar dengan reka bentuk semasa. Reka bentuk lampu belakang dikekalkan tetapi dalamannya diberikan pembaharuan gaya.
Kereta ini turut didatangkan dengan rim aloi yang lebih besar dan juga lambang ‘TAM’ yang bermaksud ‘Toyota Astra Motor’. Satu divisyen Toyota Motor Corporation yang besar di Indonesia. Model Yaris Legian ini merupakan kelahiran hasil tangan pereka bentuk dari negara itu sendiri.

2015 Toyota Yaris Legian Konsep

Legian merupakan satu kawasan percutian di tepi pantai di Bali. Dan mungkin konsep ini merupakan idea yang disampaikan oleh Toyota ke atas kereta ini, satu platform yang sesuai untuk bersiar-siar di kawasan persisiran pantai dengan ketiadaan bumbung.
Tiada perincian dari segi enjin tetapi dijangkakan enjin 1.3-liter atau 1.5-liter yang sama ditawarkan ke atas model Toyota Yaris semasa turut digunakan pada model ini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More