Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 11, 2015

Resepi Cara Masak GULAI REBUNG & DAGING SALAI Sedap

GULAI REBUNG & DAGING SALAI


Bahan Utama:-
600 g daging batang pinang*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan untuk perap daging)
500 g rebung jeruk, cuci dan toskan
4 batang serai, diketuk
1 biji kelapa diparut (kalau orang N9 guna 2 biji kelapa!!)
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula (jika perlu)

Bahan Tumbuk Halus:-
40 g cili padi
10 g kunyit hidup
5 g halia
1/2 camca teh garam kasar (optional)

Cara membuatnya:-
  1. Cuci daging batang pinang, cucuk dengan garfu, lumurkan kunyit dan garam, perap 30 minit kemudian bakar dalam oven 40 minit pada suhu 190C. 20 minit utk setiap bahagian. (kalau nak sedap panggang atas api arang/sabut untuk mendapat rasa asap). Bila daging cukup masak, angkat dan biar sejuk sebelum dihiris nipis2. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Kemudian tuang 800ml air lagi, ramas kelapa dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan rebung yang telah ditos tadi, daging salai hiris, serai titik dan bahan2 tumbuk halus. Gaul hingga rata. Tuang santan no 2 dan jerang atas dapur hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga rebung masak. Tuang santan no. 1 dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih atas api perlahan sambil dikacau selalu. Masak 2 - 3 minit dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More