Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 25, 2015

Resepi Cara Masak CHICKEN & GALANGAL SOUP @ TOM KHAI GAI

CHICKEN & GALANGAL SOUP @ TOM KHAI GAI


Bahan Utama:-
1 kg ayam, dipotong sederhana besar, dicuci bersih dan toskan
1 liter air
500 ml santan (mat guna 300ml je)
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
3 ketul lengkuas (lebih kurang 2 inci setiap ketul), dihiris nipis2
6 biji cili padi siam, dititik
2 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca besar gula
1 tin cendawan butang, ditoskan (kalau besar, potong 2)
1/4 biji kobis, sederhana besar, potong kasar2
3 biji limau nipis, diambil jusnya*
3 camca besar pes sambal (resipi dibawah)*
6 camca besar sos ikan (nampla)*(*bahan perisa)
1 cawan hirisan daun ketumbar
4 - 5 biji cili padi siam, dihiris untuk hiasan

Bahan Sambal:-
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan minyak masak (lagi sedap guna minyak kacang)
1 camca teh gula

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK SAMBAL:- Tumis semua bahan dengan api sederhana hingga cili garing. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, masukkan daun limau purut, hirisan lengkuas, serai, cili padi titik dan air. Masak hingga mendidih selama 10 minit. Masukkan ayam, cendawan butang, sos ikan dan gula. Biar mendidih atas api sederhana 15 - 20 minit dan masukkan hirisan kobis dan santan. Gaul rata dan masak atas api perlahan untuk 5 minit lagi. Matikan api.
  3. PENYEDIAAN SUP:- Dalam satu bekas, satukan bahan2 perisa dan gaul hingga rata. Tuang bancuhan bahan perisa ke dalam sup tadi dan gaul rata. Hidupkan api dapur dan masak 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan segera. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili padi tadi....sedap dimakan panas2 bersama roti atau nasi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More