Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 25, 2015

Resepi Cara Buat NON - BAKE PEACH CHEESE CAKE

NON - BAKE PEACH CHEESE CAKE


Bahan Dasar:-
200 g Digestive cookies, dihancurkan
2 camca besar gula halus
80 g mentega, dicairkan

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (jus dalam tin buah peach)
100 g buah peach berkaleng, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
4 - 5 keping buah peach, dihiris nipis2
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula halus
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR:- Bancuh semua bahan2 dasar dan gaul hingga rata. Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat2 hingga rata. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  2. UNTUK INTI:- Campur gelatin halal dengan 100 ml air dalam bekas tahan panas. Masukkan bekas tadi dalam satu bekas lain berisi air panas. Kacau gelatin tadi sehingga jernih dan larut, biar suam. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan susu sejat, jus buah peach dan esen vanilla, putar lagi hingga rata. Perlahankan speed dan tuang bancuhan gelatin perlahan2 hingga habis. Gaul rata.
  3. UNTUK PENYEDIAN KEK:- Tabur cincangan kasar peach dalam tin, biar berselerak. Tuang bancuhan inti perlahan2 hingga habis. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk dan biar 2 - 3 jam. Kemudian keluarkan dan hias permukaannya dengan hirisan nipis buah peach mengikut kreativiti masing2. Satukan serbuk jelly, air dan gula dalam periuk, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga semua larut. Tapis bancuhan jelly tadi, biarkan suam sedikit dan sudukan atas buah peach tadi hingga habis. Simpan dalam peti sejuk kembali hingga jelly keras. Tanggalkan spring form pan dan keluarkan kek perlahan2. Hias tepi2 kek dengan butiran "croquant".
  4. PETUA:- Jika susah nak tanggal, larikan pisau yang terlebih dahulu dipanaskan atas api disekelilng kek. Dan jika rupa tepi kek kurang cantik, gunakan pisau panas untuk melicinkannya....sekian terima kasih!!

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More