Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, August 14, 2015

Kenapa Ranger Terajui Jualan Ford di Malaysia pada Julai?!

Photo 3 - Ranger

Ranger Terajui Jualan Ford di Malaysia pada Julai

KUALA LUMPUR, Malaysia,11 Ogos 2015 – Ford hari ini mengumumkan bahawa jualan runcit pada Julai di Malaysia adalah sebanyak 975 unit, dipacu oleh pemintaan yang terus kukuh terhadap model Ranger, Fiesta dan EcoSport.
Trak pikap Ranger yang versatil, model terlaris Ford di Malaysia dilihat terus mendapat  permintaan yang kukuh pada Julai dengan jualan runcit sebanyak 699 unit, peningkatan jualan  untuk tiga bulan secara berturut-turut. Jualan Ranger pada tahun ini sehingga kini naik 22 peratus kepada 5,520 unit
“Ketika industri kembali mendapat momentumnya, kami gembira apabila melihat semakin ramai rakyat Malaysia mula tertarik kepada Ranger yang mendahului kelasnya. Ia nampaknya terus menerajui prestasi segmen trak pikap,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.
Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannnya di Malaysia, semua model Ranger dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuklah Electronic Stability Control (ESC) Ford pada semua varian, serta cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak pada model Wildtrak, XLT dan XL Double Cab. Semua varian juga menawarkan beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan. Manakala model Wildtrak dilengkapi beg udara sisi dan curtain pada bahagian belakang untuk meningkatkan lagi aspek perlindungannya.
“Ranger menggabungkan sistem keselamatan kenderaan penumpang dengan kelasakan dan kebolehpercayaan sebuah trak pikap. Ia juga menawarkan kombinasi ciri dan prestasi yang tiada tandingannya di pasaran,” kata Westerman.
Demi memenuhi permintaan sehingga hujung tahun ini, Ford telah meningkatkan stok pengedar untuk semua model Ranger di seluruh negara.
Jualan Fiesta yang sporty dan bergaya naik 12 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 119 unit. Permintaan terhadap Fiesta dipacu oleh varian 1.5L Ti-VCT dan 1.0L EcoBoost.
SUV kompak urbanEcoSport pula mencatat jualan sebanyak 101 unit. EcoSport menggabungkan kelincahan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, kemampuan mengharung air, penjimatan bahan api yang menggumkan dan pelbagai ciri pintar termasuklah sistem ketersambungan di dalam kereta, SYNC Ford.
Ford merancang untuk terus mengukuhkan tarikan bilik pamerannya di Malaysia dengan memperkenalkan Ranger dan Everest baharu, selain menambah model Mustang ke dalam rangkaian model kereta, trak dan SUV keluarannya.
Sumber : Siaran Akhbar Ford

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More