Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, July 23, 2015

Skoda Mencipta Tali Pinggang Khas Untuk Haiwan Peliharaan

Musim balik kampung sempena Hari Raya baru sahaja berakhir. Ribuan kenderaan menyusuri lebuh raya utama menyebabkan kesesakan. Sungguhpun begitu beberapa kemalangan melibatkan kematian bayi memenuhi dada akhbar. Walaupun acap kali dinasihatkan supaya menggunakan kerusi keselamatan bayi, ramai ibu bapa yang masih degil memangku anak di dalam kenderaan. Selagi amalan buruk turun temurun ini tidak dihentikan, selagi itulah insiden kematian melibatkan bayi tercampak atau dihempap tubuh ibu akan berterusan.
Skoda-tali-pinggang-anjing
Teknologi untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kemalangan sudah wujud sejak berdekad lamanya. Teknologi untuk menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan juga yang masih ketinggalan. Kepada “ibu bapa” haiwan yang ingin anak empat kaki mereka dapat menaiki kenderaan dengan selamat, Skoda sudah mencipta tali pinggang khas untuk anjing. Penggunaan tali pinggang anjing ini bukan sahaja memastikan keselamatan haiwan peliharaan malahan nyawa pemandu sendiri. Di dalam situasi kemalangan anjing yang tidak menggunakan tali pinggang boleh melayang dan menghempap tubuh pemandu di hadapan.
Di Eropah anjingpun sudah mempunyai tali pinggang keselamatan. Undang-undang mewajibkan pemakaian kerusi keselamatan untuk bayi juga sudah lama berkuatkuasa. Sementara itu di Malaysia keselamatan anak-anak kecil diabaikan majoriti ibu bapa. Adakah kita tidak menghargai anugerah tuhan? Mudah sangatkah menghasilkan bayi baru sekiranya bayi yang sedia ada mati?

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More