Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, July 2, 2015

Resepi Cara Buat TAU SA PIAH Best!

TAU SA PIAH


Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Inti:-
3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit, rendam 3 - 4 jam
3 camca besar minyak masak
2 ulas bawang merah kecil, cincang halus
1/2 cawan gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh parutan kulit oren

Bahan Lain:-
1 kuning telur
Sedikit bijan

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.
  2. UNTUK INTI:- Kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan garam, gula dan parutan kulit oren. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola sama saiz. (Inti boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk).
  3. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.
  4. ~:RUPA TAU SA PIAH YANG SIAP UNTUK DIBAKAR:~

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More