Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 6, 2015

Resepi Cara Buat CURRY LAKSA Zul Ariffin

CURRY LAKSA


Bahan Utama:-
1 bungkus mee laksa kering
500 g ayam (bahagian dada)
2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar
7 batang putik jagung, hiris serong
10 biji tofu "pok", belah dua
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 keping fish cake, hiris nipis
2 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua
1 biji kelapa, diparut (mat guna susu sejat = 350 ml)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
2 batang serai
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
5 biji cili merah

Bahan Sambal:-
4 biji cili merah
1/2 inci belacan bakar
1/4 camca teh gula
Secubit garam (mat guna garam kasar)

Bahan Sampingan:-
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua
Hirisan pucuk daun kesom
Bawang besar, dihiris halus
Bawang goreng
Taugeh, dicelur

Cara membuatnya:-
  1. Mee laksa direndam hingga lembut dan rebus hingga betul2 lembut. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Toskan dan biar kering. Ayam dipotong kecil dan perap dgn serbuk lada hitam dan garam 15 minit. Tuang 300 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah unttuk santan no.1. Tuang 800 - 1000 ml air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2.
  2. UNTUK KUAH:-Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak (tambah jika rasa kurang) dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan tuang santan no.2 (kalau guna susu, tuang air masa peringkat ini). Bila mendidih, masukkan putik jagung, fish cake, daun kesom, bunga kantan, asam gelugor dan serbuk lada hitam. Tuang santan no.1 dan biar mendidih pada api perlahan. Perasakan dengan garam dan gula. Matikan api bila kentang empuk dan rasa dah ok. Kalau guna susu tuang sejurus sebelum diangkat dan biarkan mendidih 1 - 2 minit pada api perlahan..
  3. UNTUK SAMBAL:- Masukkan semua bahan2 sambal dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat. Penggunaan garam kasar akan menghasilkan sambal yang lebih halus dan lumat..
  4. PENYEDIAAN LAKSA KARI:- Masukkan mee laksa dalam mangkuk yang sesuai. Letak taugeh dan tuang kuah dan letak telur rebus, hirisan bawang besar, hirisan pucuk kesom, bawang goreng, sambal dan belahan limau kasturi...kemudian dengan jiwa yang tenang dan lapang, boleh lah dimakan perlahan2 untuk menikmati adunan yang pasti menggetarkan jiwa.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More