Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, July 6, 2015

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Biskut Tart Nenas Nyonya

Biskut Tart Nenas Nyonya
Resepi Tart Nyonya, sungguh klasik dan sedap jika dihidangkan pada hari raya. Agak mudah untuk menyediakan biskut ini. Semua bahan kering disatukan dan kemudian digaulkan dengan telur kuning. Jangan lupa rehatkan doh kerana gluten doh mengambil masa terhasil dan tekstur biskut akan menjadi lebih lembut dan rangup. 
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Tart:
  • 300 gram tepung gandum*
  • 4 sudu besar tepung jagung*
  • 3 sudu besar gula aising*
  • 200 gram mentega, potong kiub
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 kuning telur
Bahan untuk jem:
  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning












Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk tart:
  1. Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
  2. Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
  5. Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.
Cara-cara untuk jem nenas:
  1. Masak nenas bersama gula.
  2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
  3. Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More