Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, July 31, 2015

JPJ Kesan 1,005 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Dalam Op Hari Raya 2015

jpj-operasi1

JPJ Kesan 1,005 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Dalam Op Hari Raya

MELAKA, 25 Julai (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan 1,005 kesalahan dalam Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) di negeri ini berbanding 565 kesalahan pada tahun lepas.
Pengarah JPJ Melaka, Mohd Fadhil Hassan berkata sebanyak 4,302 kenderaan diperiksa dan 769 kenderaan telah diambil tindakan.
“Kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya di negeri ini adalah kebanyakan mereka tiada lesen memandu iaitu kira-kira 40 peratus (455 kes) daripada jumlah kesalahan yang direkodkan,” katanya pada sidang akhbar mengenai operasi itu di sini, hari ini.
Operasi itu bermula pada 10 Julai lepas dan berakhir tengah malam tadi.
Beliau berkata daripada jumlah itu, antara kesalahan lain yang biasa dilakukan pengguna jalan raya adalah tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.
Mohd Fadhil berkata pihaknya turut menahan seorang pemandu bas ekspres yang dipercayai positif dadah ganja pada hari pertama Op HRA.
“Pemandu berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Terminal Bas Melaka Sentral dan kami merampas lesen memandu dan lesen memandu kenderaan awamnya dan diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka.
Katanya dalam op HRA, AADK turut mengesan sembilan kes dadah melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang tiga kes melibatkan ganja dan enam kes melibatkan syabu.
— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More