Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, July 23, 2015

Huawei Dijangka Memperkenalkan Mate 8 Pada 2 September Kelak

Huawei seperti semua sedia maklum mempunyai penawaran telefon pintar premium dibawah keluarga P, dan juga penawaran phablet dibawah keluarga Mate. Sejak daripada tahun lepas, mereka telah hadir dengan rekaan keluarga peranti Mate yang sangat premium dan cantik, dan untuk tahun ini mereka dijangka memperkenalkan Huawei Mate 8.

Seperti pada tahun lepas, Huawei dijangka membuat pengumuman berkaitan dengan Mate 8 ini pada bulan September kelak – selari dengan acara IFA 2015.
Buat masa ini, apakah yang akan dibawakan olehnya masih tidak diketahui sepenuhnya. Mengikut spekulasi, Mate 8 dikatakan akan membawakan skrin 6-inci dan juga cip pemprosesan Kirin 950, selain dilengkapi memori 3GB RAM. Ia turut dijangka hadir dengan kamera belakang 20.7-megapixel, serta sokongan pengimbas cap jari.
Beberapa desas-desus sebelum ini turut mengatakan Huawei Mate 8 mungkin turut menjadi rekaan akhir untuk peranti Huawei Nexus kelak.
Apa pun, sama-sama kita nantikan bulan September ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Huawei.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More