Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, July 8, 2015

Hebat! Kerajaan Malaysia Didakwa Menggunakan Perisian Spyware Hacking Team

Hacking Team, sebuah syarikat yang menghasilkan aplikasi spyware digodam semalam dan data rahsia mereka sebesar 400 Gigabyte kini dikongsi di atas talian. Syarikat yang berpangkalan di Itali ini menghasilkan program yang diberi nama Da Vinci yang membolehkan intipan dilakukan pada komputer yang dijangkiti program ini. Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggang jawab menggodam Hacking Team tetapi pihak Anonymous adalah antara suspek utama kerana mereka berkongsi tentang godaman ini sejak semalam.
Media atas talian Malaysianinsider hari ini mendakwa kerajaan Malaysia adalah antara negara yang membeli perisian Da Vinci dari Hacking Team. Dari beberapa dokumen yang diperolehi oleh mereka, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Malaysian Intelligence (berkemungkinan Special Branch PDRM) dan Pejabat Perdana Menteri adalah tiga pelanggan program Hacking Team di Malaysia. Penggunaannya di Pejabat Perdana Menteri dipercayai adalah untuk kegunaan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi risikan ke atas negara asing. Diantara ketiga-tiga badan di atas hanya Pejabat Perdana Menteri dan Malaysian Intelligence masih aktif menggunakan perisian ini. Lesen penggunaan oleh SPRM sudah luput sejak Januari 2014.
Apakah yang mampu dilakukan oleh program spyware yang digunakan? Ia mampu merakam perbualan Skype, membuat salinan dokumen, mencuri kata laluan dan juga membawa email dari komputer yang dijangkiti spyware. Pada masa yang sama kemampuan merakam dari WebCam boleh dilakukan secara rahsia.
Hacking-Team-1
MalaysianInsider turut memetik laporan Wikileaks Edward Snowden yang mengatakan Malaysia sudah menggunakan perisian spyware sejak tahun 2013 untuk mempertingkatkan kemampuan intipan. Selain daripada Malaysia, Thailand dan Singapura adalah dua lagi negara di Asia Tenggara yang didakwa melanggan program intipan ini. Di Thailand ia digunakan oleh pihak Polis Thailand manakala di Singapura pula oleh Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (iDA). Penggunaan program intipan seperti Da Vinci adalah sah disisi undang-undang dan boleh digunakan sebagai bukti untuk pendakwaan kes sekiranya alasan yang sah diberikan.
Ini bukanlah kali pertama isu ini dibangkitkan kerana pada tahun 2013, terdapat juga isu Pelayan Finspy yang dikenalpasti di Malaysia, satu lagi spyware yang digunakan bagi memantau pengguna dalam membanteras jenayah.
Apakah pendapat anda tentang dakwaan penggunaan program intipan oleh pihak kerajaan Malaysia? Adakah anda setuju sekiranya ia digunakan untuk mencari bukti kes rasuah oleh SPRM dan memintas emel pengganas oleh pihak Special Branch? Kongsikan pendapat anda mengenai program menggodam seperti Da Vinci ini di ruangan komen di bawah.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More