Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, July 31, 2015

Senjata Rahsia : Thai Mengeluarkan Imej Teaser Kereta Sport Untuk Tahun Hadapan

Kereta Thai

Industri automotif Thai telah berkembang pesat dan merupakan pengeluar terbesar di rantau Asia dan juga yang ke-10 di dunia. Dikenali sebagai Detroit of Asia, negara tersebut memang terkenal sebagai peneraju dunia automotif di Asia. Kali ini, terdapat satu gambar teaser yang menunjukkan kereta sport yang dikaitkan dengan pembangunannya di Thai.
Walaupun negara tersebut amat aktif dalam dunia automotif, Thai tidak pernah mempunyai jenama tersendiri. Seorang pereka automotif bernama Jennarong Muengtaweepongsa di bawah syarikat VanaticalDesign telah mengeluarkan satu imej teaser yang menggambarkan kereta sport tersebut.
“Kami di sini akan menunjukkan kepada dunia yang Thailand bukan sahaja mampu untuk mencipta kereta yang hebat, malah kesenian dan kejuruteraan yang hebat, dan dari sudut yang paling anda kurang dijangkakan,” katanya melalui laman sosial Facebok Vanatical Design.
Imej teaser ini memberikan sedikit gambaran yang kereta sport ini bakal menggunakan enjin tengah, dengan reka bentuk belakang yang lebar dan maskulin. Ianya turut didatangkan dengan lampu LED pada bahagian hadapannya. Ianya dijangkakan akan didedahkan pada tahun hadapan di Bangkok di bawah jenama yang berbeza.
Kita tunggu dan lihat apabila ianya diberikan pendedahan sepenuhnya nanti!

Lagi Gambar 2015 Toyota Avanza Veloz Bocor

2015 Toyota Avanza Veloz

Baru-baru ini sudah tertirisnya gambar model terbaru 2015 Toyota Avanza. Gambar yang tertiris di laman web Autonegmagz.net menunjukkan varian Veloz iaitu varian tertinggi dalam keluarga tersebut.
Kali ini, laman web yang sama telah mengeluarkan beberapa lagi gambar dua varian 2015 Toyota Avanza iaitu 1.5G dan juga Veloz. Gambar yang ditunjukkan kali ini menunjukkan reka bentuk depan dan belakang kereta tersebut dan juga gambar interior bagi varian Veloz kereta ini.

2015 Toyota Avanza Veloz

Gambar yang ditunjukkan ini mempunyai resolusi yang rendah, jadi tidak begitu jelas gambaran bagi kereta ini. Namun begitu, sedikit sebanyak ianya memberikan idea bagaimana rupa bentuk kereta ini apabila ianya dilancarkan nanti.
Mengikut sumber, kereta 2015 Toyota Avanza ini akan mendapat enjin baru Toyota Dual-VVTi yang sama seperti Corolla Altis. Di Indonesia, dua pilihan enjin ditawarkan iaitu 1.3-liter dan juga 1.5-liter. Di Malaysia, kita boleh jangkakan yang akan mendapat varian 1.5-liter sahaja.

2015 Toyota Avanza Veloz

Pada bahagian dalamannya pula, varian 2015 Toyota Avanza Veloz menunjukkan sedikit perbezaan. Skrin sesentuh baru dapat dilihat pada dashboard kereta ini dan juga trim tengah kereta ini sedikit berbeza terutamanya pada kawasan sekeliling tombol gear.
Tidak dapat dipastikan perbezaan antara model ini dengan model semasa, jadi kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.
2015 Toyota Avanza Veloz

sumber : www.arenakereta.com

Haru! Ferrari Memanggil Semula 2,600 Unit Keretanya Berkenaan Masalah Beg Udara Takata

Ferrari

Ferrari turut terjejas dengan masalah beg udara Takata yang kini memperlihatkan syarikat dari Itali tersebut memanggil semula 2,600 unit keretanya di seluruh dunia. Ianya dikaitkan dengan masalah pemasangan yang salah pada belah pemandu. Ianya membuatkan beg udara tersebut terbuka dalam orientasi terbalik jika berlaku kemalangan dan ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu.
Semua model yang terbabit dalam produksi pada tahun 2015 iaitu antara 19 Disember 2014 sehingga 29 April 2015. Model yang terlibat ialah model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale/Speciale A, California T, FF, F12 Berlinetta dan LaFerrari.
Ferarri telah dihubungi sendiri oleh syarikat Takata mengenai masalah ini. Walau bagaimanapun, ianya tidak terbabit dengan masalah yang dihadapi oleh pengeluar lain yang melibatkan beg udara Takata.

Garang Terbaru! Honda BR-V; Crossover 7 Tempat Duduk

Honda BR-V

Honda baru-baru ini telah mendedahkan dua lakaran rasmi bagi model prototaip Honda BR-V. BR-V ini merupakan nama pendek bagi Bold Runabout Vehicle yang merupakan sejenis kereta utiliti crossover yang dijangkakan akan membuat kemunculan sulungnya di Gaikindo Indonesian International Auto Show 2015 pada bulan Ogos nanti.
Ianya menampilkan reka bentuk yang lasak dan berani. Model ini dikatakan akan mempunyai 3 barisan tempat duduk yang sekaligus memberikannya kapasiti untuk 7 tempat duduk.

Honda BR-V

Kereta Honda BR-V ini dikatakan bakal dijual di Indonesia dengan menggunakan enjin 1.8-liter petrol. Di India pula, ianya dikatakan bakal dikuasakan oleh enjin 1.5-liter petrol yang digabungkan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT.
Terdapat juga ura-ura yang mengatakan pilihan enjin diesel 1.5-liter i-DTEC bakal ditawarkan di sana. Buat masa ini, tidak ada berita yang mengatakan kereta ini bakal ditawarkan dalam varian 4WD ataupun tidak.
Jadi, kita tunggu sehingga ianya diberikan pendedahan penuh nanti!

Mengancam! Model Baru Dari BMW - BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.

2015-BMW-S1000XR-16

BMW Motorrad Sasar Jualan Empat Angka Pada 2015 Dengan Model Baharu

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — BMW Group Malaysia menyasarkan jualan empat angka untuk segmen motosikalnya tahun ini, dirangsang dua edisi terbaru barisan BMW Motorrad.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris berkata, setakat Julai BMW Motorrad Malaysia menyerahkan 600 motosikal berbanding 581 pada 2014.
BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan dua motosikal premium baharu, BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.
“Kami yakin dengan model baharu terbabit, pertumbuhan jualan akan melepasi 1,000 unit tahun ini. Motosikal BMW mempunyai harga yang kompetitif,” katanya pada majlis pelancaran itu.
P90163602_highRes
Sebagai varian keempat motosikal berprestasi, BMW Motorrad mempunyai enjin empat silinder, BMW S 1000 XR baharu mempunyai ciri-ciri perjalanan dinamik.
Sementara itu, BMW R 1200 RS adalah genre sports tourer dan dicipta berasaskan R 100 RS 1976.
Ia mempunyai enjin berkembar rata baharu, menukar keseluruhan kualiti konsep BMW R 12000 asal kepada kesan era moden.
Harga runcit (di atas jalan tanpa insurans) untuk BMW S 1000 XR ialah RM112,900 manakala BMW R 1200 RS pula RM101,900.

JPJ Kesan 1,005 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Dalam Op Hari Raya 2015

jpj-operasi1

JPJ Kesan 1,005 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Dalam Op Hari Raya

MELAKA, 25 Julai (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan 1,005 kesalahan dalam Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) di negeri ini berbanding 565 kesalahan pada tahun lepas.
Pengarah JPJ Melaka, Mohd Fadhil Hassan berkata sebanyak 4,302 kenderaan diperiksa dan 769 kenderaan telah diambil tindakan.
“Kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya di negeri ini adalah kebanyakan mereka tiada lesen memandu iaitu kira-kira 40 peratus (455 kes) daripada jumlah kesalahan yang direkodkan,” katanya pada sidang akhbar mengenai operasi itu di sini, hari ini.
Operasi itu bermula pada 10 Julai lepas dan berakhir tengah malam tadi.
Beliau berkata daripada jumlah itu, antara kesalahan lain yang biasa dilakukan pengguna jalan raya adalah tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.
Mohd Fadhil berkata pihaknya turut menahan seorang pemandu bas ekspres yang dipercayai positif dadah ganja pada hari pertama Op HRA.
“Pemandu berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Terminal Bas Melaka Sentral dan kami merampas lesen memandu dan lesen memandu kenderaan awamnya dan diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka.
Katanya dalam op HRA, AADK turut mengesan sembilan kes dadah melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang tiga kes melibatkan ganja dan enam kes melibatkan syabu.
— BERNAMA

Wow! Ferrari 488 Spider Didedahkan – 660 Kuasakuda!!!

ferrari-488-spider-6

Ferrari 488 Spider didedahkan – Kemunculan sulung di Frankfurt Motor Show

Ferrari telah memperkenalkan model 488 Spider, yang dijadualkan akan membuat kemunculan perdananya ketika Frankfurt Motor Show yang bakal berlangsung September ini.
Syarikat dari Itali ini menjelaskan, model ini merupakan model Spider berenjin V8 (mid-rear engine) yang paling berkuasa yang memiliki bumbung keras yang boleh dilipat. Ianya juga adalah Spider yang paling aerodinamik efisyen pernah dibina.
ferrari-488-spider-arenakereta
488 Spider dilengkapi dengan enjin V8 3.9L turbocharged yang sama dipasangkan pada 488 GTB, menjana 660 kuasakuda. Model ini hanya memerlukan 3 saat untuk memecut dari pegun ke 100 km/h, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya, 330 km/h.
Mekanisma untuk menyimpan/melipat bumbung mengambil masa 14 saat. Sungguhpun ianya bukan dari jenis bumbung lembut (soft top), Ferrari memberi janji model ini adalah lebih ringan dari model convertible yang menggunakan soft-top.
ferrari-488-spider-4
Masih lagi tiada tanda harga yang diletakkan sehingga kemunculanya di Pameran Motor Frankfurt. Jadi sama-samalah kita nantikan.

Wow! Adakah ini konsep Audi C-BEV?

audi-a6-c-bev


Adakah ini konsep Audi C-BEV?


Ketua R & D Audi, Ulrich Hackenberg, menggunakan sebahagian daripada komen beliau pada persidangan tahunan syarikat itu untuk memulakan topik SUV elektrik sepenuhnya. Dia tidak memberikan banyak maklumat, tetapi beliau berkata ianya akan berdasarkan kepada platform MLB 2 seperti Q7, bakal mempunyai perbatuan lebih daripada 311 batu, dan mungkin menggunakan bateri 90 kWh. 
Sebuah syarikat penerbitan Jerman Auto Motor und Sport baru sahaja menerbitkan lakaran SUV tersebut , kononnya diberi nama kod C-BEV, yang mana akan dapat dilihat nanti dalam bentuk konsep di Frankfurt Motor Show nanti.
Sumber Autocar mengatakan ianya mempunyai lima tempat duduk, “SUV konsep tanpa emisi yang berkemungkinan sampai ke fasa pengeluaran” yang memberikan kita sedikit petunjuk tentang Q6 akan datang dan bagaimana rancangan Audi untuk bertarung dengan X6 BMW dan Tesla Model X. 
Autocar mengatakan bahawa bateri lithium-ion yang diletakkan di dalam platform ini, boleh mencecah jumlah 90 kWh dan memberi kuasa kepada tiga motor elektrik. Salah satu motor dipasang dalam transmisi penghantaran, dua lagi di gandar belakang, dan output gabungan dilaporkan berjumlah 500 kuasa kuda dan 516 paun-kaki tork. Wow!
Sumber: Autoblog / www.arenakereta.com

Wow! 22 Stunning Hotels In The World You’ll Want To Stay Forever



Take a look at these 22 stunning hotels around the world that will inspire you to work harder and rebook your trip. We are proud to show you this collection of amazing hotel resorts that you probably have never and will never see in another place.
1. Ubud Hanging Gardens, Bali
Hotels-That-Are-So-Cool-1-1

Hotels-That-Are-So-Cool-1-2
Image source:  ubudhanginggardens.com
2. Ladera Resort, St. Lucia.
Hotels-That-Are-So-Cool-2-0

Hotels-That-Are-So-Cool-2-1

Hotels-That-Are-So-Cool-2-2
Image source:  ladera.com
3. Sun Cruise Hotel, South Korea
Hotels-That-Are-So-Cool-3-1

Hotels-That-Are-So-Cool-3-2
Image source:  esuncruise.com
4. Shangri La, Paris
Hotels-That-Are-So-Cool-4-1
Image source:  shangri-la.com
5. Panchoran Retreat, Bali
Hotels-That-Are-So-Cool-5
Image source:  panchoran-retreat.com
6. Hotel Kakslauttanen, Finland
Hotels-That-Are-So-Cool-6-1

Hotels-That-Are-So-Cool-6-2

Hotels-That-Are-So-Cool-6-3
Image source: kakslauttanen.fi
7. Marqués de Riscal, Spain
Hotels-That-Are-So-Cool-7-1

Hotels-That-Are-So-Cool-7-2
Image source: marquesderiscal.com
8. Bora Bora, French Polynesia
Hotels-That-Are-So-Cool-8

Hotels-That-Are-So-Cool-8-2
Image source:  flickr.com  worldalldetails.com
9. Magic Mountain Hotel, Chile
Hotels-That-Are-So-Cool-9-1

Hotels-That-Are-So-Cool-9-2
Image source:  huilohuilo.com
10. Ascher Cliff Restaurant, Switzerland
Hotels-That-Are-So-Cool-10
Image source:  myswitzerland.com
11. The Manta Resort, Zanzibar
Hotels-That-Are-So-Cool-11-1


Image source:  underwaterroom.com
12. Attrap Reves Hotel, France
Hotels-That-Are-So-Cool-12-1

Hotels-That-Are-So-Cool-12-2
Image source:  attrap-reves.com
13. Rayavadee Krabi, Thailand
Hotels-That-Are-So-Cool-13-1

Hotels-That-Are-So-Cool-13-2
Image source:  thaispasnow.wordpress.com
14. Cambrian Hotel, Switzerland


Hotels-That-Are-So-Cool-14-2
Image source:  thecambrianadelboden.com
15. Juvet Landscape Hotel, Norway
Hotels-That-Are-So-Cool-15-1

Hotels-That-Are-So-Cool-15-2

Hotels-That-Are-So-Cool-15-3
Image source:  juvet.com
16. Dedon Island Resort


Hotels-That-Are-So-Cool-16-2
Image source:  dedonisland.com
17. Hotel-Restaurant Oschinensee
Hotels-That-Are-So-Cool-17
Image source:  oeschinensee.ch
18. Leopard Hills – Kruger National Park, South Africa
Hotels-That-Are-So-Cool-18
Image source: luxatic.com
19. Villa Escudero, Philippines
Hotels-That-Are-So-Cool-19-1

Hotels-That-Are-So-Cool-19-2
Image source:  villaescudero.com
20. Giraffe Manor, Kenya
Hotels-That-Are-So-Cool-20-1

Hotels-That-Are-So-Cool-20-2

Hotels-That-Are-So-Cool-20-3
Image source:  thesafaricollection.com
21. Spitbank Fort Hotel, UK
Hotels-That-Are-So-Cool-21-1

Hotels-That-Are-So-Cool-21-2
Image source:  amazingvenues.co.uk
22. Sarova Saltlick Game Lodge, Kenya
Hotels-That-Are-So-Cool-22-1

Hotels-That-Are-So-Cool-22-2
Image source:  sarovahotels.com
23. LeCrans Hotel & Spa in Switzerland

Image source:  lecrans.ch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More