Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, June 22, 2015

Terbaru! Moto G 2015 Dikatakan Akan Menyertakan Kamera Belakang 13-MP

Bercakap mengenai peranti berspesifikasi pertengahan dengan pengalaman Android asli – serta menjadi minat ramai pengguna sebelum ini adalah Moto G. Dua variasi Moto G telah diperkenalkan – masing-masing pada tahun 2013 dan 2014, dan kini untuk tahun ini mereka dijangka memperkenalkannya sekitar suku ketiga 2015 kelak.
Moto G 2015 Tertiris
Terkini, beberapa gambar hadir ke arena web, dikatakan sebagai generasi baru Moto G. Dari segi apa yang tertiris, ia memperlihatkan kerangka belakang dengan rekaan berbentuk teksture, selain mengekalkan rekaan hadapan yang lebih kurang sama. Seperti biasa, ia membawakan antaramuka Android asli tanpa penambahan drastik – yang mana merupakan salah satu sebab kenapa ramai pengguna mengemarinya.
Moto G 2015 dikatakan akan menggunakan Snapdragon 410, menggunakan skrin 5-inci, ruangan storan 8GB – dan agak mengecewakan mengekalkan penggunaan memori 1GB RAM. Pada bahagian rakaman, pihak Motorola dilihat menyertakan kamera 13-megapixel dibelakang dan kamera 5-megapixel dihadapan.
Seperti biasa, spesifikasi ini sekadar desas-desus sahaja buat masa ini, dimana berkemungkinan versi akhirnya memperlihatkan sedikit perubahan.
Motorola dijangka akan mengekalkan penawaran harga yang lebih kurang sama seperti penawaran Moto G tahun-tahun lepas.
Selain Moto G, pihak Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini Moto X dalam beberapa bulan lagi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More