Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, June 12, 2015

Resepi Cara Masak HAR MEE @ PRAWN NOODLES

HAR MEE @ PRAWN NOODLES


Har Mee @ Prawn Noodles @ Mee Udang...memang terkenal di kalangan peranakan terutama di Pulau Pinang. Hari ni "Cik Rajin" datang dengan tiba2 dan beri ciuman manja lagi u, itu pasal mat jadi terlebih rajin...hahaha...Sebenarnya buat ni untuk juadah berbuka bonda mat yang berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal ni....resipi asal boleh dapat kat MyResipi, cuma yang ni mat buat sedikit olahan untuk meningkatkan mutu rasa.

Bahan Untuk Stok Udang:-
1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
1 batang saleri, potong besar2
1 batang lobak merah, potong besar2
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:-
3 camca besar cili kisar
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
20 g gula batu
2 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sambal:-
1 1/2 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 - 3 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
Minyak utk menumis

Bahan Lain:-
Mee kuning dan Mee hoon secukupnya
4 - 5 biji telur rebus, belah 2 setiap biji
Taugeh, dicelur
Kangkung, dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Limau kasturi

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK STOK UDANG:- Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan ketepikan jusnya.
  2. UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Tuang lebih kurang 1/2 cawan minyak gorengan udang tadi dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng 2 - 3 minit, masukkan bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang stok udang dan jusnya tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ikan bilis MAGGI dan gula batu, biar mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  3. UNTUL SAMBAL:- Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Masak sambal hingga garing dan terbit minyak.
  4. PENYEDIAAN HAR MEE:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan kangkung. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Sudukan sambal ke dalam mee sebagai penambah selera.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More