Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, June 15, 2015

Resepi Cara Masak GULAI PISANG MUDA Sedap

GULAI PISANG MUDA


Bahan Utama:-
1 sisir pisang muda (mat guna jenis pisang emas)
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau (boleh guna ikan masin lain)
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah 7 - 8 biji cili padi)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Siat nipis kulit pisang muda tadi, potong sederhana besar secara menyerong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat sampai habis dan biar terendam seketika. Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 10 - 15 minit. Tuang 400ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 700ml air lagi, ramas dan tapis untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Toskan pisang tadi, asingkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan2 yang dikisar, tulang ikan masin, serai dan 2 keping asam gelugor (asam yang baru). Jerang atas api sederhana sambil digaul kesemua bahan2 tadi hingga rata. Masak 5 minit.
  3. Kemudian tuang santan no.2 dan biar mendidih hingga pisang sedikit lembut. Masukkan santan no.1 dan gaul rata. Rasa kuahnya dan letak garam berdasar tahap kemasinan yang diingini. Perlu diingatkan tulang ikan masin tadi akan mengeluarkan rasa masinnya. Jadi berhati2 dalam penggunaan garam. Masukkan sedikit gula dan biar mendidih 1 - 2 minit. Boleh dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam2man.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More