Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, June 22, 2015

Microsoft Memudahkan Pengguna Berpindah Dari Android Ke Windows Phone Dengan Aplikasi Switch To Windows Phone

Jikalau dibandingkan dari segi angka penggunaan platform, Android kini memegang majoriti besar pasaran. Ini membuatkan penyedia platform lain seperti Apple dan Microsoft menarik pengguna dan memudahkan pengguna berpindah ke platform mereka.
Terkini, Microsoft dilihat turut menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Switch To Windows Phone yang memudahkan pengguna Android beralih ke peranti Windows Phone.
Switch to Windows Phone
Aplikasi berkenaan ditawarkan untuk Windows Phone dan Android – dimana pengguna akan diminta untuk memasangnya pada kedua-dua peranti. Sebaik sahaja ia dipasang dan dihubungkan, pengguna boleh memindahkan sejumlah data sedia ada, termasuk Contacts, SMS, gambar, video dan juga muzik.
Dengan memindahkan semua data ini, anda dapat terus menggunakan Windows Phone baru anda dan turut mengakses pelbagai data sedia ada anda tanpa risau.
Seperti biasa, Microsoft turut menyarankan pengguna membuat salinan pendua di OneDrive untuk memudahkan ia diakses pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More