Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 17, 2015

Honda Mengesahkan Kematian Ke-7 Berkaitan Dengan Masalah Beg Udara

Honda Takata Beg Udara

Berikutan laporan sebelum ini di mana Honda memanggil semula kereta mereka berkaitan masalah beg udara Takata, kini pengeluar Jepun itu mengesahkan kematian ke-7 berkaitan masalah beg udara Takata yang melibatkan kereta 2005 Honda Civic.
Setelah satu tuntutan mahkamah dibuat minggu lalu dikaitkan dengan masalah beg udara Takata yang menjejaskan berjuta-juta kenderaan dan banyak pengeluar, Honda telah mengesahkan pada hujung minggu yang lalu bahawa kematian terbaru ini sememangnya berlaku di dalam salah satu kenderaan keluaran mereka.
New York Times melaporkan yang Honda – telahpun dikaitkan dengan 6 kematian – mengesahkan pada hujung minggu lalu bahawa seorang wanita yang berumur 22 tahun memandu kereta 2005 Honda Civic cedera parah kerana inflator beg udara pecah ketika berlaku kemalangan pada April 2015 yang lalu.

Beg Udara Takata

Syarikat itu mengatakan yang kereta tersebut terlibat dengan kempen penambahbaikan keselamatan yang dijalankan pada Jun 2014. Walau bagaimanapun, pemilik kereta tersebut tidak menerima notis tersebut. Apabila ianya dijual kepada seorang wanita di Louisiana pada Oktober 2014, ianya tidak dibaikpulih.
Satu notis keselamatan telah dihantar kepada pemilik baru itu hanya 3 hari sebelum kematian beliau, sepertimana dilaporkan oleh New York Times.
“Honda amat kesal yang notis dikirim nampaknya tidak sampai kepada pemilik sebelum kemalangan itu,” Chris Martin, jurucakap Honda berkata dalam satu kenyataan.
Kematian ke-7 berkaitan dengan beg udara Takata hanya didedahkan minggu lalu apabila keluarga wanita itu memfailkan saman terhadap Takata dan Honda.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More