Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, June 15, 2015

Berita TV3 Dikecam Tuduh Sabah Puak Orang Asli Buat Ritual

Berita mutakhir TV3 dikecam akibat tuduh Sabah puak orang asli buat ritual atau pemujaan Gunung. Menerusi laman sosial, seluruh individi berbangsa Kadazan Dusun berasa kecewa dengan stesyen penyiaran TV3 yang melabelkan bangsa tersebut sebagai “puak orang asli”. Seperti sedia maklum, masyarat Kadazan Dusun percaya akan kehadiran roh gunung yang dipercayai menjadi penjaga Gunung Kinabalu Sabah. 

Masyarakat Kadazan juga percaya bahawa roh gunung telah murka akibat tindakan segilintir pelancong yang berbogel di gunung suci tersebut sebelum gempa bumi berlaku pada 5 Jun 2015. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, satu ritual dikenali sebagai monolibabow harus dilakukan untuk menenangkan roh gunung yang tengah marah.

sabah orang asli

Tiada Istilah ” Puak Orang Asli Di Sabah”
Untuk info, tiada istilah orang asli di Sabah tapi sebaliknya adalah golongan pribumi Sabah. Bangsa Kadazan Dusun yang majoriti tinggal di sekitar kaki Gunung Kinabalu adalah salah satu bangsa Pribumi atau erti kata lain Bumi Putera Sabah. Bangsa ini walaupun mempunyai pegangan agama tapi sebenarnya masih lagi membawa kepercayaan nenek moyang iaitu kepercayaan terhadap kehadiran roh atau penjaga Gunung Kinabalu. 

Atas ritual tersebut, wartawan TV3 mungkin tersalah anggap bahawa bangsa Kadazan Dusun sebagai orang asli kerana masih mengamalkan kepercayaan karut pada zaman yang serba model. Susulan isu dilabel Puak Orang Asli, seluruh warga memohon supaya TV3 membuat permohonan maaf terbuka kepada warga Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More