Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 17, 2015

AWAS : 1,800 Anggota JPJ Ditugaskan Pantau Laluan Berisiko Bermula Awal Ramadan

Logo-JPJ
1,800 Anggota JPJ Ditugaskan Pantau Laluan Berisiko Bermula Awal Ramadan
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengankutan Jalan, Datuk Seri Ismail Ahmad, bermula dari awal Ramadhan tahun ini sehingga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, sejumlah 1,800 anggota JPJ akan ditugaskan mengawasi laluan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan di seluruh negara.
Jelas beliau lagi, rondaan dan pemantauan itu meliputi jalan utama, jalan persekutuan, jalan negeri serta lebuh raya, memetik dari laporan Bernama.
“Jika sebelum ini kita melakukan operasi seminggu sebelum dan selepas raya namun pada tahun ini bermula awal Ramadan kita telah memulakan rondaan dan pemantauan. Kita memfokuskan kawasan yang kerap berlaku kemalangan seperti kawasan lebuh raya dan sebagainya kerana aliran trafik dijangka meningkat bermula bulan puasa sehingga sambutan hari raya,” katanya lagi.
jpj-operasi1
Disamping itu, rondaan dan pemantauan akan dijalankan 24 jam bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebanyak 1,000 anggota sukarelawan Skuad Muda 1JPJ akan digerakkan membantu pegawai penguat kuasa agensi itu dalam operasi sepanjang musim perayaan.
Jelasnya skuad muda ini juga akan membantu memberi kesedaran tentang kesalahan lalu-lintas dan kempen keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.
“Dengan inisiatif yang dilaksanakan ini kita berharap agar pengguna yang sering melakukan kesalahan dapat dididik dan sekaligus mengurangkan kemalangan,” katanya.
Berhati-hatilah ketika di jalanraya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More