Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, June 30, 2015

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Biskut Aiskrim Strawberry

Resepi Biskut Aiskrim Strawberry



Bahan-Bahan

260 gm butter
120 gm gula icing
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
40 gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
2 sudu teh strawberry emulco
sedikit pewarna pink/merah
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-Caranya

- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. - - Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
- Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
-  Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
= Hias biskut ikut creativiti anda.

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Biskut Aiskrim Nestum

Resepi Biskut Aiskrim Nestum



Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai


Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Biskut Daisy

Resepi Biskut Daisy


Bahan-Bahan:

Bahan topping:

160 gm mentega
160 gm tepung gandum
60 gm gula aising
60 gm tepung gandum
2 sudu kecil pes strawberi 250 gm mentega
60 gm gula aising
220 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga manjadi doh. Canai dan terap.
3. Untuk topping, pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan pes strawberi dan tepung.
5. Uli hingga menjadi doh lembut.
6. Masukkan ke dalam nozel dan picitkan ke atas doh yang sudah diterap tadi.

Resepi Cara Buat ANG KU KUEH

ANG KU KUEH

"Ang Ku Kueh", the true blue peranakan signature kueh......kaum nyonya dengan begitu teliti telah memperbaiki dan menaiktaraf kuih2 yang ada pada masa itu, ada juga kuih2 melayu yg telah diperbaik mutu oleh mereka...Ang Ku Kueh nie resipi dari Great Lydia....



Bahan Doh:-
120 g tepung pulut
120 g keledek (mat guna keledek kaler oren)
1 camca besar gula halus (mat guna 1/2 camca besar)
4 camca besar pati santan (guna santan kotak je!)
2 camca besar minyak jagung
4 camca besar air
Sedikit pewarna merah (mat tak pakai sebab kaler keledek tu dah lawa)

Bahan Lain:-
220 g inti kacang hijau (boleh beli kat kedai2 baking)
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Kukus keledek hingga lembut, lecek bersama gula halus hingga hancur. Masukkan kesemua bahan untuk doh dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bagi doh kepada 11 bahagian yang sama saiz dan buat bentuk bebola, ketepikan.
  2. Inti kacang hijau disejukkan dalam peti ais sehingga boleh dikepal. Bahagikan inti kepada 11 bahagian yang sama besar juga. Buatkan bentuk bebola.
  3. Potong daun pisang sebesar ( 3 x 4) inci sebanyak 11 keping, sapu setiap keping potongan daun pisang dengan minyak. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sebiji doh, leperkan dan letak sebiji inti dan salut doh sehingga menutupi inti. Masukkan ke dalam acuan ang ku kueh dan tekan perlahan2 dan padat2kan. Ketuk keluar doh tadi dan alihkan ke atas daun pisang. Buat hingga siap.
  4. Kukus atas air mendidih selama 8 - 10 minit, gunakan api sederhana. Bila kuih masak (bila permukaan kuih menjadi seakan2 jernih), keluarkan dari kukusan dan sapu sedikit minyak pada permukaan kuih untuk mengelakkan kuih menjadi kering.

Resepi Cara Buat MEE JAWA Asli @ Original

MEE JAWA "MAK LANG"

Semalam jalan2 ke fotopages "Mak Lang"..ternampak resipi mee jawa...terus pakcik terliur leer. Jadi hari ni memandangkan ada waktu senggang, pakcik pun mulalah mengushakan membuat mee jawa ni...rasa ok, sedap tak pedas, manis2, lemak2 dan rasa udang dia terangkattt u!!!!!...

Bahan Utama:-
1 kg mee kuning
2 cawan keledek lecek (pilih keledek bewarna oren)
1 cawan udang kering, rendam 15 minit dan toskan (mat guna 1/2 cawan jee)
1 cawan udang segar, dibersihkan, dan celur sekejap, toskan
1300 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
15 tangkai cili kering, dipotong dan rendam dalam air panas
8 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Bahan Sampingan:-
Telur rebus, dibelah dua
Tauhu, digoreng, dan hiris nipis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Belahan limau kasturi/lemon
Taugeh, dicelur

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KUAH:- Kisar udang kering dan udang segar yang dicelur tadi hingga halus. Ketepikan. Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 kisar halus hingga pecah minyak. Masukkan kisaran udang tadi, gaul rata. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula (kuah mesti ada rasa manis). Renihkan dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat (kalau kurang pekat boleh dicampur dengan bancuhan tepung gandum (1 camca besar tepung gandum + 1/2 cawan air, kacau hingga larut). Rasa kuahnya dan jika ok matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE JAWA:- Cuci mee kuning dan toskan, celur dalam air mendidih 1 - 2 minit, angkat dan toskan. Ambil sedikit mee, letak dalam bekas sesuai, tuang kuah dan hias dengan bahan2 sampingan diatasnya...Bila nak makan boleh lah perahkan limau kasturi atau lemon (maaf, pokok limau kasturi mat tengah off season, jadi buah dia tak de, tu pasal ganti dengan lemon..)

Resepi Cara Buat NON - BAKE CHEESE CAKE Fasha Sandha

NON - BAKE CHEESE CAKE

Cheese kek yang dah lepas kena make-up.......

Yang siap dipotong dan siap sedia untuk disuap dalam mulut..yumm..yumm...

Bahan Dasar:-
150 g tepung gandum, diayak
100 g mentega
1 kuning telur
50 g gula aising
1 - 2 camca besar air ais

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (dari dalam tin pic yg dikalengkan)
100 g buah pic dalam tin, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
10 biji cari bertangkai (jika suka)
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)
Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR KEK:- Satukan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan kuning telur dan terus menggaul. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastic cling dan sejukkan 30 minit. Keluardan doh dan tekan doh dalam tin "spring form" berukuran 8 inci hingga memenuhi dasar tin. Cucuk2 dengan garfu dan bakar dalam oven pada suhu 195C, selama 15 minit. Keluar kan tin dari oven dan biarkan sejuk betul2.
  2. UNTUK INTI:- Satukan gelatin halal dan 100 ml air tadi dalam bekas tahan panas. Gaul hingga larut. Tenggekkan bekas tadi dalam air panas dan kacau bancuhan gelatin tadi hingga jernih dan suam. Ketepikan. Dalam mixing bowl, pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen vanilla, susu sejat dan jus buah pic dari tin tadi, terus memukul hingga semua sebati. Perlahankan speed dan tuang gelatin suam tadi. Gaul hingga rata.
  3. UNTUL KEK KEJU:- Dalam tin yg berisi doh tadi, taburkan potongan buah pic, biar berselerak. Tuang adunan inti perlahan2 dan ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam. Sementara itu, untuk hiasan, panaskan air bersama gula dan serbuk jelly, kacau hingga gula hancur. Matikan api, tapis jelly cair tadi dan biarkan suam sedikit. Keluarkan kek dari peti sejuk, susun ceri bertangkai mengikut kreativiti masing2 dan sudukan sedikit demi sedikit jelly tadi hingga habis. Sejukkan kembali hingga jelly mengeras. Tanggalkan dari spring form pan (kalau rasa susah, larikan pisau yang dipanaskan atas api disekeliling kek). Tekup "croquant" di sekeliling tepi kek sebagai hiasan.
  4. PETUA:- Masa nak potong cheese cake ni, panaskan sedikit pisau atas api, baru diguna untuk memotong kek untuk mendapatkan hasil potongan yang licin dan cun....Selamat mencuba!!!

Resepi Cara Buat CREAM PUFF WITH LEMON CURD Special Saloma

CREAM PUFF WITH LEMON CURD


Bahan Cream Puff:-
100 g mentega
25o ml air
1/2 camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Bahan Lain:-
Lemon curd secukupnya
Coklat masakan secukupnya, dicairkan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan lemon curd dan tuang sedikit coklat cair sebagai penambah seri...Selamat mencuba!!!

Resepi Cara Buat LEMON CURD

LEMON CURD


Lemon curd.....macam seri kaya tapi mat saleh punya version...mula2 ingat lemon curd nie akan memberi rasa "aneh" telur....maklum jelah bahan2 berasakan telur ni kalau tak iya2, ada rasa pelik skit...tapi tak sangka rasa telur tu cuma sipi2 aje dan selebihnya diganti dengan rasa manis + masam2 manja dan harum bau lemon serta lemak butter (siap kolestrol naik pas tu!!!). Resipi asal dapat dari JoyOfBaking.....jom kita cuba ramai2!!!!

Bahan-Bahannya:-
3 biji telur gred A
2 biji lemon, parut dulu kulitnya (cuma bahagian kuning saja), perah jusnya.
130 g gula halus
Secubit garam
3 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam dan jus lemon. Kacau dengan wisk sehingga semua semua hancur. Tapis adunan tadi dan masukkan dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan wisk hingga adunan menjadi pekat (kurang lebih 8 - 10 minit).
  2. Kemudian alihkan bekas berisi lemon curd tadi, masukkan parutan kulit lemon dan mentega. Gaul hingga semua rata dan sebati. Alih ke dalam bekas dan biar suam sedikit dan tutup bekas dengan plastic cling untuk mengelakkan lemon curd keras dibahagian permukaannya.
  3. Lemon curd boleh diguna sebagai filling untuk cream puff, donat, bagel dan lain2.

Resepi Cara Buat EPOK - EPOK KELEDEK

EPOK - EPOK KELEDEK


Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
  3. UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.

Resepi Cara Buat SOFT CRUST PIZZA Sedap

SOFT CRUST PIZZA


Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:-
1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:-Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


~~::RUPA PIZZA YANG SIAP DIISI DENGAN INTI SEDIA UNTUK DIBAKAR::~~

Resepi Cara Masak PAKIS GORENG BELACAN

PAKIS GORENG BELACAN


Bahan Utama:-
Pucuk paku merah secukupnya (atau boleh ganti dengan pucuk paku perak)
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh sos tiram
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:-
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 inci belacan

Cara membuatnya:-
  1. Asingkan pucuk paku dari batangnya, cuci dan toskan. Tumbuk bahan2 tumbuk bersama udang kering hingga 3/4 hancur, tak payah tumbuk lumat2. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Gaul rata, tuang sedikit air (lebih kurng 1/2 cawan). Bila mendidih, masukkan pucuk paku tadi bersama bawang besar hiris. Gaul hingga rata dan sayur lembut sedikit. Gunakan api besar.
  3. Rasa garamnya sebelum diangkat. Hidangkan panas2 bersama nasi putih, sambal ikan pari dan ikan goreng.

Resepi cara masak SAMBAL IKAN PARI Sedap

SAMBAL IKAN PARI


Bahan Utama:-
Ikan pari kering secukupnya, rendam 1 - 2 jam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca besar asam jawa, campur dgn 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
1 cawan cili kisar (atau lebih)

Bahan Tumbuk Halus:-
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 keping nipis hirisan halia
1 keping nipis hirisan lengkuas
1 inci belacan
2 biji buah keras

Cara membuatnya:-
  1. Ikan pari masin ditoskan dan cuci, potong sederhana besar dan goreng dalam minyak hingga ikan masin 3/4 garing. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Kemudian masukkan jus asam jawa dan ikan masin tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan garam (sedikit saja), gula ( lebih kurang 1 camca besar) dan serbuk perasa, jika suka. Gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa masin dan manisnya. Jika ok, masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut dan sambal sedikit kering. Angkat dan hidangkan.

AWAS Umat Islam! Maksud Sebenar Gambar Profil Facebook Warna Pelangi

Maksud sebenar penggunaan gambar profil facebook berwarna pelangi. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menukar “profil picture” kepada bentuk warna pelangi kerana ianya mempunyai agenda yang tersembunyi. Untuk pengetahuan anda, facebook pada ketika ini melancarkan kempen sokongan terhadap perkahwinan sejenis. Oleh itu semua golongan gay, lesbian dan biseksual (LGBT) akan menukar foto profil mereka kepada warna pelangi sebagai tanda sokongan kepada perkahwinan sama jantina.

gay

Maksud Sebenar Gambar Profil Facebook Warna Pelangi
Pada 26 Jun 2015, makhamah Amerika Syarikat telah menghalalkan perkahwinan sama jantina di negara tersebut. Sempena dengan keputusan tersebut, laman sosial facebook telah melancarkan applikasi “Celebrate Pride” tanda sokongan terhadap perkahwinan sejenis.

Perkahwinan Sejenis Melanggar Akidah
Sebagai umat Islam di Malaysia, perkahwinan sejenis adalah melanggar hukum alam dan merupakan perbuatan terkutuk dan harus tidak dicontohi. Seluruh warga Malaysia disarankan tidak menukar profil facebook kepada warga pelangi kerana ianya tanda anda menyokong perkahwinan sejenis.

Monday, June 29, 2015

Apple Dilaporkan Memulakan Pengeluaran Awal Untuk iPhone Dengan Sokongan Force Touch

Apple sebelum ini telah memperkenalkan fungsi Force Touch pada Apple Watch, sebelum ia turut diperluaskan kepada Macbook tahun 2015 ini. Kini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus berkaitan Apple akan menyertakan fungsi sama pada iPhone, Bloomberg melaporkan gergasi perkomputeran berkenaan telah pun memulakan pengeluaran iPhone generasi baru dengan fungsi Force Touch ini.

Melalui Force Touch, ia mengesan betapa kuatnya seseorang pengguna menekan skrin, dan hadir dengan beberapa fungsi tambahan melaluinya. Pada Macbook, salah satu perkara yang dipertontonkan oleh Apple adalah ketika memainkan video, dimana pengguna boleh tekantouchpad dengan Force Touch, dan ia akan forward dengan lebih pantas berdasarkan kepada kadar tekanan.
Melalui Force Touch untuk iPhone, Apple dijangka akan menyertakan fungsi berbeza mengikut kadar kekuatan pengguna menekan skrin berkenaan.
Rekabentuk iPhone untuk tahun ini dikatakan akan menyerupai versi tahun lepas, dan turut hadir dengan iOS 9 yang telah diperkenalkan Apple pada awal bulan ini.

LG Malaysia Mula Hadir Dengan Teaser Untuk LG G4

Beberapa hari yang lepas, peranti LG G4 telah dilihat tersenarai pada pangkalan Sirim, dan kini melalui laman sosial LG Malaysia, syarikat pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan telah pun mula hadir dengan beberapa teaser awal untuk LG G4.
Tiada sebarang tarikh diberikan oleh pihak LG berkenaan penawaran peranti ini di Malaysia. Melalui teaser terbaru yang diterbitkan, mereka bercakap mengenai warna peranti berkenaan yang hadir dalam tiga warna berbeza.
LG G4
LG G4 telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan April yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2K, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, serta memori 3GB RAM.
Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, selain kamera hadapan 8-megapixel. LG mengatakan teknologi CSS pada kamera membuatkan rakaman gambar RGB lebih baik berbanding peranti lain di pasaran hari ini.
LG G4
Melengkapkan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android yang turut dilengkapi dengan antaramuka UX 4.0 yang membawakan beberapa fungsi tambahan – termasuk beberapa sokongangesture untuk rakaman selfie.
Dengan pihak LG Malaysia sendiri yang telah hadir dengan teaser untuk LG G4, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Wow!!! Samsung Membangunkan Teknologi Bateri Dengan Kapasiti Dua Kali Ganda Berbanding Sekarang!

Pada peranti mudah-alih hari ini, salah satu masalah utama yang dihadapi ramai adalah masa penggunaan bateri yang sangat terhad memandangkan kapasiti yang bersaiz kecil. Beberapa peranti baru turut hadir dengan kapasiti lebih 3000mAh, tetapi penggunaan masih tidak dapat melangkaui lebih sehari.

Perkara ini membuatkan sejumlah syarikat berlumba untuk hadir dengan teknologi bateri baru. Samsung sendiri tidak ketinggalan, dan mereka kini mengumumkan mereka telah berjaya membangunkan bateri lithium-ion yang menyimpan lebih banyak tenaga.
Untuk menjayakannya, mereka gunakan bahan silicon anode yang menjadi lapisan ke atasgraphene – sekaligus menambah-baik lagi kepadatan dan ketahanan tenaga padanya.
Kajian eksperimen awal dilihat menawarkan kepadatan sehingga 1.8 kali ganda berbanding sedia ada, dimana secara teorinya, ia menawarkan masa penggunaan bateri yang biasanya sekitar 12 jam kepada lebih kurang 21 jam lamanya.
Samsung masih melabelkan teknologi ini masih pada peringkat kajian lagi buat masa ini. Jadi, mungkin kita tidak akan melihat teknologi ini digunakan pada sebarang peranti pada tahun ini daripada Samsung.

Google Sedang Bersedia Untuk Memperkenalkan Sokongan “OK Google” Secara Offline

Pada kebanyakkan peranti Android terkini, anda mungkin melihat sebuah widget berbentuk kotak carian dengan ikon mikrofon pada penghujungnya. Ia boleh diaktifkan dengan menyebut “OK Google”, dan seterusnya membuat carian berkaitan. Kini, Google dilihat ingin memperluaskan penggunaannya – dimana bukan terhad untuk memerlukan internet seperti sebelumnya, tetapi turut boleh digunakan secara offline.
OK Google
Perkara ini ditemui oleh AndroidPolice melalui fail APK terkini untuk aplikasi Google. Secara offline, pengguna hanya akan terhad untuk membuat beberapa perkara sahaja, termasuk antaranya adalah seperti membuat panggilan, menghantar SMS, memainkan muzik dalam peranti, ataupun mengaktifkan rangkaian WiFi.
Daripada percubaan kami menggunakan versi APK Google App terkini, ia masih tidak berfungsi secara lancar berbanding penggunaan ketika dengan akses internet. Mungkin Google masih pada peringkat ujian awal untuk fungsi berkenaan, dan mereka hanya akan melancarkan atau mengumumkannya setelah bersedia kelak.

BlackBerry Messenger Untuk Android Kini Hadir Dengan Rekaan Material Design – Menyertakan Fungsi Private Chat

BlackBerry Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular beberapa tahun yang lepas, tetapi ia tidak lagi pada masa kini. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak BlackBerry untuk hadir dengan sejumlah fungsi baru untuk perkhidmatan permesejan mereka.
BBM Android
Sebelum ini, BlackBerry telah memperkenalkan BBM untuk Android, dan kini mereka mengemaskini BBM untuk Android dengan hadir menggunakan antaramuka Material Design – sekaligus menjadikan ia beroperasi seperti pelbagai aplikasi popular lain pada platform Android.
Disamping kemaskini antaramuka, pihak BlackBerry juga turut menyertakan fungsi baru pada perkhidmatan permesejan berkenaan, dinamakan sebagai Private Chat.
Menggunakan Private Chat ini, pengguna boleh bersembang antara satu sama lain secaraanonymous, dimana tiada nama dipaparkan ketika berbual. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan perkhidmatan ini, pihak BlackBerry mengecas $0.99 sebulan.
Selain daripada itu, fungsi lain seperti sticker, penghantaran mesej bermasa, perkongsian gambar dan pelbagai perkara lain turut dikekalkan melalui kemaskini aplikasi baru ini.
Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun BBM untuk Android hari ini, dan menikmati antaramuka baru yang dibawakan oleh mereka ini.
BBM Android

Termurah! U Mobile Bakal Memperkenalkan Pelan Pascabayar Dengan Data 3GB Pada Langganan RM28 Sebulan?

Akhir-akhir ini, Celcom dan Digi telah hadir dengan penawaran pelan baru yang menawarkan data sebanyak 3GB pada harga langganan dibawah RM40. Dengan dua-dua syarikat berkenaan menawarkan pelan pada harga rendah, persaingan daripada syarikat lain dinantikan – dan kini dikatakan U Mobile bakal menawarkan pelan data sebanyak 3GB pada harga RM28 sebulan.
U Mobile sendiri dijangka akan mengumumkan pelan pascabayar terbaru mereka pada minggu ini, dan info baru ini dilihat tertiris beberapa hari lebih awal daripada pengumuman rasmi pihak U Mobile.
Menurut apa yang tertiris, U Mobile dikatakan akan menawarkan langganan data sebanyak 1GB+2GB pada harga langganan RM28 sebulan. U Mobile juga dilihat akan menawarkan tambahan panggilan selama 50 minit untuk semua talian, selain penawaran SMS percuma.
UMobile RM28
Namun, mngikut apa yang diperkatakan, berkemungkinan penawaran U Mobile ini dibahagikan mengikut masa, dimana tambahan 2GB mungkin dihadkan kepada penawaran off-peak atau ketika tengah malam sahaja.
Seperti biasa, ini hanya desas-desus awal sahaja tanpa sebarang komen daripada pihak U Mobile buat masa ini. Pihak U Mobile dijangka akan berkongsi lanjut mengenai pelan terbaru mereka pada minggu ini, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.

Thursday, June 25, 2015

Resepi Cara Buat Roti BRIOCHE Neelofa

BRIOCHE


Bahan-Bahannya:-
120 ml air
250 g tepung roti (high-protein flour)
40 g gula halus
40 g mentega
30 g telur (pecah 1 biji telur, pukul sedikit dgn garfu dan timbang secukupnya)
10 g susu tepung
1 camca teh yis segera
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2, kecuali mentega dalam satu bekas, gaul sehingga semua bersatu dan menjadi doh, uli 15 minit. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan terus menguli 10 - 15 minit lagi. Alih doh ke dalam mangkuk, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 1 jam. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker dan pilinh setting untuk doh. Biar hingga siap. (Lebih kurang 1 jam 30 minit).
  2. Keluarkan doh dan uli 5 minit. Bahagikan doh kepada 11 bahagian (kalau boleh timbang). Rehatkan doh 10 minit. Sapu 11 acuan tat berukuran 8 cm dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Ambil sebiji doh tadi, cubit sedikit doh anggaran sebesar hujung jari kelingking. Bulat2kan. Lebihnya dibuat bentuk bebola dan letak dalam acuan tat tadi. Bubuh doh bulat kecil atas doh bulat besar. Tekan sedikit dengan jari supaya doh tadi melekat antara satu sama lain. Buat hingga habis.
  4. Rehatkan 40 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, 10 - 12 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas. Selamat mencuba!!!

~~:RUPA DOH ROTI YANG DISIAP DIBENTUK:~~

Resepi Cara Masak GARAM ASSAM (Masakan Baba Nyonya)

GARAM ASSAM

Garam Assam satu lagi lauk2 peranakan baba dan nyonya.

Bahan Utama:-
1 ekor ikan bawal hitam
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1 biji lemon, ambil jusnya
1 biji bawang besar belah 4
2 camca bsar sos ikan
1 camca teh gula
1 batang serai, dititik

Bahan Tumbuk Halus:-
3 biji cili merah
7 biji cili padi (optional)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 biji buah keras
1 inci belacan
2 keping hirisan lengkuas

Cara membuatnya:-
  1. Ikan bawal disiang, bersihkan dan kelar2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam, perap 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan masukkan serai titik serta bahan2 ditumbuk halus tadi. Goreng hingga terbit minyak menggunakan api sederhana. Masukkan gula, sos ikan dan belahan bawang besar. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon, gaul rata dan rasa, jika ok, masukkan ikan bawal tadi dan golek2kan dgn semua bahan2 rempah hingga rata. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.

Wow! Syabas! Berita Terkini Selangor Bonus Sebulan Gaji Hari Raya 2015

Berita terkini bonus sebulan gaji sempena Hari Raya 2015 bagi penjawat awam Selangor. Manakala tarikh pembayaran akan dibuat mulai 9 Julai 2015. Difahamkan, pemberian imbuhan tahunan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 adalah untuk meringankan beban penjawat awam sempena musim perayaan Aidilfitri yang jatuh pada 18 Julai 2015. Pengumuman mengenai bonus raya 2015 telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi laman sosialnya pada 24 Jun 2015.

bonus-selangor

Wednesday, June 24, 2015

26 Modern Living Room Ideas All In The Detail

The design period between 1920-1950 is typically referred to as Modern (or Mid-Century Modern). It’s a classic style that never goes out of fashion and it can be a nice change from contemporary design. Let’s look at some interior decorating ideas that best exemplify the modern period.
1
2
White walls
White or slightly off-white colored walls are great for creating a spacious look that really opens up the room. White also reflects the light and brings natural lighting to rooms which would otherwise look dark.
Wood chip and thick wallpaper are not generally conducive to the modern look. Painted walls look a lot better. Of course that will mean that the walls need to be in a good condition, so you may need to freshly plaster or use filler on the walls and then sand them down to get them smooth enough for painting.
Exposed brickworks or plywood wall panels also looks nice on at least one of the walls or a section of one wall.
3
4
5
Bare floors
Bare floors are a great idea, again it means that the wood or tiling needs to be in a good condition. Laminate flooring is okay, but it’s not as authentically modern as real wood floorboards. That may mean that you need to plane and varnish the floorboards. The bare floors help with the clean, minimalistic look typical of the time period.
Where rugs are used they are typically woollen and neutral in color. Rugs are also often placed underneath furniture such: as coffee tables, chairs and sofas.
6

Furniture and fittings

The modern living room is very open-plan. Furniture and fittings look better in natural materials such as leather, teak and linen, though plastic and moulded plywood was used extensively as well. Polished metal is a good look that’s fitting with the time period for table and chair legs and frames. Furniture that’s raised off the floor helps keep the room looking open and helps give the room an airy feeling.
Blinds rather than curtains are good for large, full-length windows. If your windows are small it may be a good idea to use curtains but keep them as neutral looking as possible, no floral patterns or colors that sharply contrast with the color of the walls.
For lighting, try and avoid lampshades but if you do use lampshades, circular types are fantastic. Recessed spot lights are a good idea though that will require building a false ceiling which may be difficult for some people. Floor lamps are also a good look, again, polished metal is one of the best materials to use.
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

21

22
23
24
25
26
Check out these Modern Living Room Ideas by Jonathan Adler
Source: www.decoholic.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More