Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, May 8, 2015

Terbaru : Keputusan Rasmi PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil PRK Permatang Pauh pada 7 Mei 2015 Pulau Pinang. Pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan pertembungan antara empat calon iaitu Suhaimi Sabudin yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), manakala Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman mewakili Parti Rakyat Malaysia. Tujuan PRK Permatang Pauh diadakan semula selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun pada 10 Februari 2015 selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari. Menerusi makluman rasmi SPR, keputusan rasmi PRK Permatang Pauh akan diumumkan selewatnya pukul 11.00 malam 7 Mei 2015.

prk-permatang-pauh-2015

Keputusan Rasmi PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) menang PRK Permatang Pauh dengan majoriti 8,841. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi. Pada masa yang sama, Parti Rakyat Malaysia (PRM) memperoleh 101 undi dan Parti BEBAS 367 undi.

Suhaimi-Sabudin

Bilangan Undi: 21,475
Undi Majoriti: –
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: BN tewas di PRK Permatang Pauh

Wan-azizah

Bilangan Undi: 30,316
Undi Majoriti: 8,841
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: PKR berjaya pertahan kerusi di Permatang Pauh

Azman-Shah-Othman

Bilangan Undi: 101
Undi Majoriti:
Status:  Keputusan Rasmi

salleh-isahak

Bilangan Undi: 367
Undi Majoriti: –

Status: Keputusan Rasmi
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More