Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, May 13, 2015

Resepi Cara Buat POPIA & SOS BIJAN Sedap

POPIA & SOS BIJAN


Bahan Inti:-
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
1 1/2 cawan taugeh
10 batang kacang buncis
2 ulas bawang putih
1 camca teh udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam dan lada sulah

Bahan Lain:-
Kulit popia secukupnya
1 camca teh tepung gandum*
2 camca teh air*(*satukan dan kacau hingga menjadi pes)

Bahan Sos Bijan:-
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar bijan, sangai hingga perang
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1 camca besar cuka
1 camca besar madu
1/2 camca teh garam


Cara membuatnya:-
  1. UNTUK INTI:- Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan semua jenis sayur kecuali taugeh. Kacau goreng 2 minit, masukkan taugeh dan gaul hingga rata, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Padamkan api dan angkat.
  2. UNTUK POPIA:- Bentang sehelai kulit popia, isi inti, kurang lebih 1/2 camca besar pada satu sudut, gulung hingga separuh, kemudian lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam, sapu pes tepung pada hujung satu lagi dan terus menggulung hingga habis. Buat hingga selesai. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, keringkan atas paper towel.
  3. UNTUK SOS BIJAN:- Kisar bijan, bawang putih dan cili merah dengan 1/4 cawan air hingga hancur. Tuang dalam periuk dan masukkan semua bahan2 sos bijan. Masak atas api perlahan hingga sos pekat. Hidangkan bersama popia tadi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More