Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, May 19, 2015

Cara Download Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan 2015 SPMU

Tema umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (SPMU) 2015. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, tema umum kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) peperiksaan SPM (U) 2015 telah dimuatnaik ke portal rasmi Lembaga Peperiksaan mulai April hingga 10 Jun 2015. Semua calon persendirian bagi SPM (U) 2015 boleh memuat turun tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) sebagai persediaan sebelum peperiksaan bertulis mata pelajaran tersebut dilaksanakan pada 10 Jun 2015.
SPMU
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan 2015 SPMU
Arahan Kepada Calon SPMU 2015
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon  tidak dibenarkan sama sekali  membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak mengganggu calon lain.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More