Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, May 6, 2015

Britain Rampas Palestin Kerana Hutang Budi Terhadap Yahudi

Chaim Azriel Weizmann lahir pada tahun 1874. Dia merupakan seorang pakar kimia yang menjadi Presiden Organisasi Zionis Dunia dan Presiden Israel pertama yang terpilih pada pertengahan Mei 1948. Dia juga menubuhkan institut penyelidikan Israel yang akhirnya menjadi Lembaga Ilmu Pengetahuan Weizmann.


Setelah mempelajari biokimia di Switzerland dan Jerman, Weizmann berhijrah ke England pada tahun 1905 dan dipercayai sebagai Juru cakap Zionis Eropah.

Dalam perang dunia pertama, Jerman selangkah lebih maju dalam teknologi persenjataan berbanding pihak Bersekutu.

Namun berkat penemuan Weizmann, yang berjaya mensintesiskan aseton melalui proses penapaian yang digunakan dalam menghasilkan cordite iaitu bahan pembakar yang berguna bagi pemangkin peluru, British berjaya bersaing dengan Jerman.

Banyak kalangan berkata tanpa penemuan Weizmann, British akan menderita kekalahan dalam perang dunia pertama. Sebab itulah, Weizmann sangat dihormati dikalangan elit Inggeris dan menjadi rakyat dihormati.

Sejak itu lobi Weizmann menjadi sangat kuat di England.

Selepas perang dunia pertama, PM Britain David LloydmGeorge secara khas mengundang Weizmann. George memberi Weizmann sejumlah wang dan berjanji bahawa British akan memberikan apa saja permintaan Weizmann.

Pucuk dicinta ulam mendatang. Sebagai salah seorang tokoh gerakan Zionis ini merupakan kesempatan terbaik bagi dirinya untuk meminta tanah air bagi bangsa Yahudi yang ketika itu masih berselerak di beberapa negara dan benua.

Weizmann menjawab, “Tuan, hanya satu yang saya inginkan … Hal itu adalah ‘rumah’ bagi saudara-saudara saya …”

Lloyd George faham. Permintaan khusus Weizmann itu menjadi perhatian utama Kabinet British. Menteri Luar Negeri Balfour setengah tidak percaya dengan apa yang diminta Weizmann.

Balfour bertanya kembali kepada Weizmann, seolah ingin mendengar melalui telinganya sendiri, “Tuan Weizmann, mengapa harus Palestin?”

“Tuan Balfour, jika pun saya mahukan Paris atau London apakah anda akan berikan? ” Weizmann bertanya.
Balfour mengangguk, “Mengapa tidak?”

Weizmann tersenyum. “Saya percaya Tuan Balfour. Namun sayang, kami telah mempunyai Jerusalem, ketika London masih berupa kawasan paya. ”

Balfour terdiam. Dia sangat faham bahawa permintaan Weizmann tersebut sangat dilema. Di pihak British sangat berterima kasih kepada Weizmann dan juga tokoh-tokoh Yahudi Antarabangsa lain namun jika permintaan itu dituruti maka Dunia Arab akan memusuhi British.

Sebab itulah, draft Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada tarikh 2 November 1917 ditulis dengan sangat berhati-hati dan tidak secara jelas menyenaraikan kata “tanah air”.

Namun demikian, pihak Zionis tetap menterjemah deklarasi ini sebagai surat sakti untuk menjajah Tanah Palestin yang ketika itu memang dikuasai British.

Deklarasi Balfour dianggap sebagai mandat British kepada gerakan Zionis Antarabangsa untuk mendirikan sebuah negara Israel di Palestin. Pada 1918, Weizmann diangkat sebagai ketua Suruhanjaya Zionis dan dihantar ke Palestin oleh pemerintah British untuk menganjurkan pembangunan masa depan di negera itu. Di sana, dia meletakkan batu asas Universiti Ibrani.

Pada tahun yang sama Weizmann bertemu di Aqaba dengan Emir Feisal, putra Syarif Husain dari Mekah iaitu orang Arab yang telah bersekongkol dengan Perancis dan British menumbangkan khilafah Turki Uthmaniyah untuk rundingan untuk penubuhan negara Arab dan Yahudi yang ‘merdeka’.

Selepas itu, Weizmann mengetuai delegasi Zionis pada Persidangan Keamanan di Versailles. Pada tahun 1920, dia menjadi pimpinan Organisasi Zionis Dunia (WZO) dan mengetuai Agen Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1929.

Pada tahun 1930-an, Weizmann meletakkan dasar Institut Penyelidikan Daniel di Rehovot, yang kemudian menjadi Institut Weizmann iaitu tenaga penggerak utama di belakang penyelidikan ilmiah Israel.

Pada tahun 1937, dia membina rumahnya di Rehovot. Chaim Weizmann kembali semula menjawat jawatan sebagai pemimpin WZO pada tahun 1935-1946.

Sepanjang zaman Perang Dunia ke II, dia menyumbang banyak usaha dalam membentuk angkatan bersenjata Israel.

Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan konspirasi Barat yang kemudian membentuk “negara” Israel pada 29 November 1947, Weizmann diangkat sebagai presiden pertama Israel hingga si laknatullah ini meninggal dunia pada tahun 1952.

[Sumber]


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More