Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, May 8, 2015

Bilangan CCTV Di Lebuh Raya Sedia Ditambah – Kementerian Kerja Raya

jalannow

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya bersedia untuk berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan yang berisiko berlaku kemalangan.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, perkara ini boleh dibincangkan jika pihak konsesi terbabit secara sukarela menambah bilangan CCTV terbabit tanpa membebankan kosnya kepada pengguna jalan raya. Di mana kos tersebut diperuntukkan daripada keuntungan pihak terbabit, menurut laporan Bernama.
Tambahnya lagi, rakaman video adalah antara bukti penting jika berlaku kemalangan, selain ia merupakan langkah keselamatan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengulas gesaan orang ramai yang inginkan bilangan CCTV di lebuh raya ditambah berikutan kemalangan yang meragut tiga nyawa sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lepas yang didakwa berpunca daripada enam buah perodua Myvi yang berlumba.
Dalam masa yang sama, Fadillah turut berkata kerajaan telah dan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk pembinaan lebuh raya yang memenuhi standard keselamatan antarabangsa.
Selain itu, had laju yang ditetapkan juga bertujuan memberikan panduan bagi mengelak risiko kemalangan di sesetengah lokasi.
Sumber : Infokereta, Gambar : Apa2Jelah

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More