Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 20, 2015

WhatsApp Untuk Android Hadir Dengan Sokongan Membuat Salinan Pendua Mesej Ke Google Drive

Nampaknya pihak WhatsApp kini agak bergiat aktif dalam memperkenalkan satu demi satu fungsi baru pada perkhidmatan mereka. Selepas memperkenalkan antaramuka Material Design bagi WhatsApp untuk Android pada minggu lepas, kini mereka turut mengintegrasikan satu lagi fungsi baru, membolehkan pengguna membuat salinan pendua mesej terus ke Google Drive.
WhatsApp Google Drive
Seperti semua sedia maklum, WhatsApp sebelum ini ada mengintegrasikan sokongan untuk membuat salinan pendua, tetapi ia terhad untuk simpanan dalam peranti sahaja. Ini mengakibatkan pelbagai mesej anda akan hilang begitu sahaja apabila beralih ke sebarang peranti baru.
Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke halaman tetapan, dan mengaktifkan membuat salinan pendua ke Google Drive. Anda akan diminta memberi kebenaran untuk WhatsApp mengakses Google Drive anda bagi tujuan menyimpan data pendua berkenaan.
Fungsi baru ini hadir bersama-sama dengan kemaskini terbaru WhatsApp yang dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu hadapan. Tetapi, seperti biasa anda masih boleh memuat-turun fail APK untuknya dan memasang sendiri pada peranti anda. Fungsi salinan pendua ke Google Drive ini dilihat hanya untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.
sumber : amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More