Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, April 29, 2015

VW Golf R 400 Bakal Memasuki Fasa Produksi – 400hp++

VW-Golf-R-400-model-konsep4
Volkswagen telah mengumumkan bahawa model konsep VW Golf R 400 akan memasuki fasa produksi dengan tarikh jangkaan pelancaran ke pasaran sekitar tahun 2016.
Model konsep VW Golf R 400 ini dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbocharged empat silinder yang menjana 400 hp, telah dipertontonkan ketika berlangsungnya Beijing Motor Show tahun lepas. Semenjak dari itu, banyak rumor dan laporan yang keluar tentang model konsep ini, dan sekarang, menurut kenyataan dari Ketua powertrain kumpulan VW, Heinz-Jakob Neusser VW sedang dalam proses ke arah fasa pengeluaran.
VW-Golf-R-400-model-konsep3
Menurut sebuah majalah di Britain, CAR, Volkswagen mahu meningkatkan kuasa output enjin tersebut kepada 420 PS, dan tork 450Nm dengan kuasa dihantar ke sistem pacuan semua roda 4MOTION melalui transmisi DSG enam kelajuan.
Walaupun dengan penambahan kuasa, Golf R 420 (nama masih belum dapat dipastikan) akan tetap kelihatan seperti Golf GTI dan Golf R, akan tetapi dengan kit badan baru yang lebih ber ‘aerodinamik’. Ianya juga akan dipakaikan brek yang lebih besar bagi menyesuaikan dengan penambahan kuasa, sementara beberapa ciri-ciri lain yang turut akan menerima penambahbaikkan bagi menampung enjin yang berprestasi tinggi itu.
VW-Golf-R-400
Jangkaan paling awal kemunculan sulung model ini adalah pada bulan September 2015 ketika berlangsungnya Frankfurt Motor Show, dengan penghantaran pertama kereta ini kepada pelanggannya seawal tahun 2016 di Jerman dahulu, dan bukanlah model beredisi terhad.
sumber : http://www.arenakereta.com

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More