Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 6, 2015

Tiga Pengeluar Kereta Turun Harga Selepas GST

proton-toyota-honda
Tiga pengeluar kenderaan mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
Proton Holdings Bhd (Proton) mengurangkan hingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.
Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan hingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.
Mengulas pengurangan harga itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengguna bukan saja mahukan kereta yang bernilai bagi wang dibelanjakan malah kereta yang dilengkapi dengan kualiti serta ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
Sebagai contoh, katanya pengguna kini boleh membeli Proton Saga dari harga serendah RM33,242.40 atau Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46.

Proton Preve
“Semua harga ini sudah mengambil kira enam peratus GST dan juga harga di atas jalan. Sebagai satu-satunya pengeluar kereta sepenuhnya di rantau ini, Proton sentiasa memberikan dedikasi tertinggi dalam memenuhi peranannya kepada negara, khususnya dalam menggambarkan matlamat GST,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Abdul Harith berkata, satu fakta yang tidak patut dilupakan adalah walaupun adanya pengurangan harga sedemikian, Proton sudah meningkatkan nilai barisan produknya menerusi pelbagai ciri-ciri keselamatan.
“Ini terus menunjukkan komitmen Proton untuk terus menambah baik produk serta perkhidmatan di semua peringkat di samping menawarkan kereta yang selamat, berkualiti tinggi dan bernilai bagi kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, pula berkata harga alat ganti kereta keluarannya juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus untuk semua model namun GST akan ditambah ke dalam kos buruh.
“Memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, kami menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga empat peratus bergantung kepada model.
honda-city-20141
“Pengurangan harga model CKD ini berdasarkan kepada ciri-ciri dan aksesori yang menyebabkan harga untuk setiap model dan varian adalah berbeza. Secara keseluruhannya, penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada pelanggan Honda yang menyebabkan penurunan harga model CKD keluaran syarikat,” katanya.
Mengenai implikasi pelaksanaan GST sebanyak 6 peratus yang menggantikan 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Ueno berkata, dalam industri automotif, perbezaan harga kereta tidak semudah seperti 10 peratus tolak enam peratus kerana ia membabitkan banyak faktor.
Katanya, SST berasaskan kepada nilai pengedaran sesebuah kenderaan dan ia kemudian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus tidak termasuk margin pengedar, kos pengangkutan, yuran pengendalian, aksesori serta kos-kos pengedaran lain manakala pengenaan cukai GST pula berdasarkan kepada harga jualan akhir kereta di atas jalan.

vios
Presiden UMW Toyota Motors, Datuk Ismet Suki, berkata syarikat akan memindahkan keseluruhan penjimatan kos kepada pelanggan yang membeli mana-mana model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu itu.
“Kami akan telus dalam transaksi perniagaan dan akan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014,” katanya.
Sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More