Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, April 24, 2015

Resepi Cara Buat SANDWICH GORENG

SANDWICH GORENG


Bahan Utama:-
12 keping roti Gardenia (jenama lain pun ok)
1 camca besar tepung gandum*
2 1/2 camca besar air*(*satukan dan jadikan pes)
2 biji telur
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:-
2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu kecil2
1/2 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar mayonies
1 1/2 camca besar sos cili
1 tin tuna, toskan minyak/airnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK INTI:- Rebus kentang dan lobak merah dengan 1/2 camca teh garam hingga empuk. Angkat dan toskan. Kemudian gaulkan dengan semua bahan lain untuk inti hingga rata dan mesra. Ketepikan.
  2. UNTUK SANDWICH:- Leperkan setiap keping roti dengan torak. Ambil sekeping roti, isi inti (kurang lebih 1 camca besar) dan sapu dengan pes tepung disekeliling bahagian tepi roti, lipat hingga menjadi 3 segi. Tekan2 tepinya untuk merapatkan roti tadi supaya inti tidak terkeluar. Boleh dipotong sedikit lebihan roti tadi dengan pisau atau alat pemotong agar2 yang berbentuk zig-zag. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (guna frying pan boleh goreng banyak sikit). Pecahkan telur dalam bekas, campur serbuk lada hitam dan kacau dengan wisk/garfu hingga rata. Celup sekeping sandwich tadi dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga habis dan boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More