Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, April 15, 2015

Resepi Cara Buat PEACH LEAF PIE Sedap

PEACH LEAF PIE


Bahan Pastry:-
300 g tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
115 g mentega sejuk, didadu
60 g lemak sayur (shortening), didadu
5 - 6 camca besar air ais

Bahan Inti:-
1 tin besar buah peach dalam tin, toskan dari jusnya
50 g gula halus*
3 camca besar tepung jagung (cornstarch)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*
1/2 biji lemon, ambil jusnya*(*disatukan dan kacau hingga rata)
2 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK PASTRY:- Ayak tepung dalam satu bekas dan satukan semua bahan2, kecuali air ais. Gaul dengan hujung jari sehingga adunan berupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan bertukar jadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan. Bungkus dengan plastic cling dan dingin bekukan 20 minit. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan dalam "food processor", kecuali air ais. On kan mesin sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan bersatu dan menjadi doh. Bungkus doh dengan plastic cling dan dingin beku 20 minit.
  2. UNTUK INTI:- Hiris kasar2 buah peach, gaul dengan bahan2 yang disatukan tadi dan biarkan seketikan.
  3. UNTUK LEAF PEACH PIE:- Keluarkan doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga nipis (kurang lebih 1/3 cm). Alihkan doh tadi ke dalam tin pie, ratakan doh tadi dan kemaskan doh berlebihan dengan cara menggunting lebihan doh. Masukkan dalam peti sejuk sementara membuat doh bentuk daun. Canai lebihan doh tadi hingga nipis, terap dgn acuan bentuk daun, atau potong menggunakan pisau, buat garisan seakan2 daun. Buat hingga habis. Keluaran tin pie tadi dari peti sejuk. Masukkan bahan2 inti tadi dan sudu2kan mentega atas buah peach tadi. Susun daun tadi bermula dari bahagian bawah membawa ke atas. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More