Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, April 15, 2015

Resepi Cara Buat PAI TEE

PAI TEE


Bahan Kulit:-
65 g tepung gandum*
50 g tepung beras*(*disatukan dan ayak)
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 ml air
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:-
1 cawan isi ayam, dihiris halus*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
1/2 batang lobak merah, diparut
1/2 biji sengkuah, diparut
1 keping tauhu, dipotong kecil2 dan goreng garing
3 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang halus
1 camca teh sos tiram
1 camca teh kicap cair
Secubit gula

Bahan Hias:-
Hirisan cili merah
Daun salad
Beberapa ekor udang, kupas kulit can celur 3 minit
Sos cili

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KULIT:- Satukan semua adunan untuk kulit pai dan adun dengan wisk hingga sebati. Tapis dan rehatkan 20 minit. Panaskan minyak dan celup acuan "pai tee" ke dalam minyak panas untuk jangka masa 2 minit. Kemudian celup ke dalam adunan tepung hingga hampir2 memenuhi acuan, tapi jgn sampai bahagian atas, angkat acuan tadi dan celup dalam minyak panas tadi, dan biar keras sedikit baru longgarkan bahagian tepi kulit pai hingga terlucut dari acuannya. Goreng kulit hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Lakukan hingga adunan habis. Biar sejukkan sedikit dan simpan kulit pai dalam bekas kedap udara...
  2. UNTUK INTI:- Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan goreng hingga ayam berubah warna. Masuk sos tiram dan bahan2 lain kecuali kicap cair. Gaul hingga rata. Jika kering masukkan 2 camca besar air. Masak hingga semua masak, rasa jika kurang masin, masukkan kicap cair. Gaul rata, angkat dan sejukkan sebelum diisi dalam pai tee
  3. UNTUK PENYEDIAAN PAI TEE:- Ambil sedikit daun salad, letakkan dalam kulit pai tee tadi dan isi dengan inti hingga penuh. Hias atasnya dengan satu hirisan cili merah dan seekor udang. Makan bersama sos cili. Bila makan masukkan satu pai tee ke dalam mulut dan kunyah untuk menikmati adunan rasa yang unik dan menawan...selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More