Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, April 29, 2015

Mercedes Benz Didenda US$57 Juta – Kesalahan Tetapkan Harga

mercedes-benz-logo
Menurut laporan dari Bernama, syarikat pengeluar kereta mewah dari Jerman, Mercedes Benz didenda 350 juta yuan (US$57.1 juta) oleh pihak berkuasa wilayah Jiangsu di timur China kerana melakukan kesalahan penetapan harga.
Portal berita rasmi negara itu, China.or.cn, hari ini melaporkan, beberapa pengedar Mercedes turut didenda sejumlah 7.8 juta yuan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Hukuman itu dikenakan berikutan hasil siasatan terhadap dakwaan bahawa pihak Mercedes menetapkan harga jualan minimum bagi kebanyakan pengedarnya di Jiangsu.
Denda 350 juta yuan itu adalah tujuh peratus daripada jualan keseluruhan Mercedes di wilayah itu, tahun lepas.
Sementara itu, China Daily memetik jawapan bertulis jurucakap pengeluar kenderaan Jerman itu sebagai berkata ia akur dan menghormati keputusan itu dan akan segera mematuhinya.
“Berikutan itu, sebagai iktibar, kami turut menghasilkan beberapa langkah pemulihan bersasar yang dibuat berdasarkan undang-undang ditetapkan selepas melakukan pemeriksaan terperinci.
Menurut Mercedes lagi, syarikat automotif dari Jerman akan memastikan pematuhan sewajarnya terhadap undang-undang yang berkaitan, meningkatkan aspek kawal selia peraturan dalam syarikat, rangkaian pengedar serta pelbagai cabang perniagaan bagi mengelak perkara seumpamanya berulang.
Pada September tahun lepas, pihak berkuasa antimonopoli China, Suruhanjaya Pemulihan dan Pembangunan Kebangsaan (NDRC), mengenakan denda US$46 juta terhadap usaha sama antara syarikat tempatan, FAW Auto Group dan Volkswagen (VW) dari Jerman, juga kerana melakukan kesalahan penetapan harga.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More