Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, April 14, 2015

Horoskop? Syirik!!!


Jangan tipu, kalau tidak banyak sekalipun, sekelumit mesti ada rasa seronok dan senyum sinis membaca rahsia di sebalik tarikh lahir sendiri, lebih-lebih lagi yang memuji sakan. Hakikatnya, perbuatan itu (percaya dengan fakta) adalah haram!
Hakikatnya, perbuatan itu, membaca dan percaya akan setiap ramalan, menilik nasib sama ada melalui ilmu bintang, bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik. 
Tapi perlu diingat sunnatullah, iaitu hukum alam boleh dipercayai. Maksudnya kita mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit, maka didapati kumpulan awan tebal di atas bumi Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan. 

Allah SWT menyatakan, ertinya:

"Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca yang ada maklumat lengkap dari kedudukan awan dan angin menerusi alatan canggih moden dan visual satelit. 

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. 

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang seumpamanya bukan dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir. 

Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi al -Nasai dan ibn Majah pernah berkata sebelum ini: "Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." 

Dengar memang menggigil. Muncul pula alasan baru: "Main-main sajalah, mana ada sampai percaya." Klise lagi. 

Nabi Muhammad SAW sendiri pula pernah berkata: "Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan itu." 

Nyata, main-main saja pun tidak boleh. 

"Sesiapa yang datang menemui 'arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim). Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. 

Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu. 

Kelakarnya, kalau pernah anda terfikir, jika betul nasib itu boleh diramal dan tuah atau bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu. 

Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar mengenai perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. 

Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan!

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More