Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 27, 2015

Cara Pakai Terbaik Menggayakan Tudung Bercorak Penuh 2015

 
Adakah anda mempunyai banyak shawl bercorak tetapi sudah kering idea tentang cara untuk menggayakan shawl tersebut?
Shawl bercorak penuh sememangnya mudah untuk digayakan, namun gaya yang dikenakan haruslah bersesuaian supaya gaya tersebut tidak menyebabkan si pemakai nampak begitu penuh dengan gabungan corak dan cara penggayaan yang salah.
Gaya pada kali ini sangat sesuai untuk wanita korporat, sesuai dipakai ke office kerana gaya ini tidak nampak begitu berlebih-lebihan dan sangat ringkas.
Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah:
  •  Shawl (panjang dan lebar adalah terpulang kepada individu masing-masing)
  •  Brooch
  •  Inner neck (scarf menutup leher)
  •  Jarum peniti (kuantiti jarum adalah bergantung kepada si pemakai)
Pada entri kali ini, adalah wajib untuk memakai inner neck kerana gaya ini akan menampakkan sedikit susuk leher dan akan menampakkan rambut anda jika anda tidak memakai inner neck.

Langkah pertama:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-1
  • Lipatkan lebar shawl tersebut supaya lebar shawl bersesuaian dengan anda.
  • Jadikan bahagian yang lebih lebar sebagai bahagian luar dan bahagian yang pendek sebagai bahagian dalam.

Langkah kedua:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-2
  • Ambil bahagian hujung shawl yang berlipat dan pinkan di kepala selaras dengan bibir anda.
  • Pinkannya menggunakan jarum peniti.

Langkah ketiga:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-3
  • Lilitkan shawl dengan cermat dibahagian kepala.
  • Jadikan lilitan itu semakin serong ke bahagian telinga, menampakkan sedikit Inner Neck yang anda pakai sebentar tadi.
  • Teruskan melilit secara serong sehingga lilitan tadi bertemu dengan tempat anda mulakan lilitan, iaitu di bahagian kepala selaras dengan bibir anda.

Langkah keempat:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-4
  • Kemaskan bahagian shawl anda, pastikan bahagian depan dan belakang dengan berada ditempat yang betul.

Langkah kelima:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-5
  • Bawa dan lilitkan shawl tadi sekali lagi di kepala anda dengan kemas. Kali ini lilitan tidak dilakukan dengan lilitan serong.
  • Pinkan ia untuk mengekalkan kedudukan shawl supaya tidak bergerak dengan menggunakan jarum peniti.
  • Pinkan shawl di bahagian kepala selaras dengan bibir anda.

Langkah keenam:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-6
  • Bawakan shawl tadi ke sebelah. Jika pada langkah kelima kedudukan shawl anda di bahagian kiri, maka bawakan shawl anda ke bahagian kanan.
  •  Buka bahagian lipatan untuk lebar yang anda lakukan di langkah pertama tadi.

Langkah ketujuh:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-7
  • Sekarang, ambil 1/3 daripada bahagian shawl tadi dan pinkannya di belakang kepala. Bahagian belakang atas kepala, tempat di mana perempuan tocang rambut.
  • Kemaskan shawl tadi supaya ia nampak lebih kemas dan tidak bersepah.
  • Shawl akan kelihatan beralun sedikit, selaraskan bahagian shawl yang perlu dipinkan itu supaya alunan tadi nampak lebih cantik.

Langkah kelapan:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-8
  • Ambilkan bahagian bawah dan hujung shawl untuk dipinkan shawl di bahagian leher sebelah yang berlainan. Jika langkah ketujuh anda disebelah kiri, bermakna anda harus pinkan bahagian hujung shawl tadi di leher sebelah kanan.

Sentuhan terakhir:

Cara_Menggayakan_Tudung_Bercorak_Penuh-done
  • Jika anda mahu tampak lebih berani dan menyerlah, letakkan brooch yang cantik dan bersaiz sederhana semasa mengepin di bahagian langkah ketujuh, tetapi perlulah direndahkan sedikit tempat untuk pinkan shawl tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More