Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 13, 2015

Awas ! Panduan Mengelakkan Serangan Seksual

Sekiranya ada gangguan seksual laporkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.


Gunakan logik 
• Sentiasa berwaspada! Berjalan dengan yakin dan mempunyai tujuan. 
• Sentiasa peka dengan persekitaran - tentukan siapa di sebelah anda dan apa yang berlaku di sekeliling anda. 
• Jangan biarkan alkohol atau dadah mengaburi perlakuan anda. 
• Percaya dengan gerak hati anda. Jika sesuatu keadaan atau tempat membuatkan anda rasa tidak selesa atau gelisah, segera beredar.

Di Dalam Rumah 
• Pastikan semua pintu dan tingkap mempunyai kunci yang kukuh. Lengkapkan lubang untuk melihat di pintu anda. Pastikan ruang masuk sentiasa diterangi lampu pada waktu malam. 
• Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Jika ada orang di luar yang ingin meminta bantuan, katakan anda bersedia menelefon bagi pihaknya. Periksa pengenalan jurujual atau penyelenggara sebelum membenarkan mereka memasuki rumah anda. Jangan takut atau malu menelefon bagi memastikan penyelenggara berkenaan benar-benar dihantar daripada pejabat tertentu. 
• Berhati-hati apabila berada di tempat terpencil seperti bilik membasuh di pangsapuri, garaj di bawah tanah, tempat letak kereta, pejabat selepas waktu kerja. Sentiasa berteman terutama pada waktu malam. 
• Kenali jiran anda supaya anda tahu siapa perlu dihubungi jika anda sedang ketakutan. 
• Jika anda mendapati tingkap atau pintu dipecahkan apabila tiba di rumah, jangan masuk. Hubungi polis menggunakan telefon bimbit atau telefon awam.

Di Luar Rumah 
• Elakkan daripada berjalan atau berjoging sendirian terutama pada waktu malam dan pagi hari. Sentiasa berada di kawasan yang dilalui orang ramai dan terang. 
• Pakailah pakaian dan kasut yang memberi kebebasan untuk anda bergerak. 
• Berwaspada sekiranya seseorang meminta arah jalan dari dalam kereta. Jarakkan kedudukan anda. 
• Sediakan kunci sebelum sampai ke pintu rumah, kereta atau pejabat anda. 
• Jika anda mendapati sedang diekori, tukar arah dan segera pergi ke pasar raya terbuka, restoran atau rumah yang diterangi lampu.

Di Kereta 
• Letak kereta di tempat yang terang dan sering dilalui orang ramai. 
• Pastikan kereta selalu berkunci — apabila anda masuk atau keluar dari kereta. 
• Perhatikan sekeliling kereta dan tempat duduk belakang kereta anda sebelum masuk.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More