Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 6, 2015

5 Masakan Ini Menjadi Kegemaran Setiap Artis Korea. Peminat K-Pop, Sila Baca

Rakyat Malaysia mengenali Kimchi melalui drama-drama Korea. Jika disamakan dengan masakan Melayu, Kimchi adalah seperti Gulai. Ia antara 5 jenis masakan kegemaran rakyat Korea. Jika anda pasang niat untuk berkahwin dengan artis Korea atau melayu berwajah Korea. Maka anda perlu tahu tentang masakan ini. Kata orang nak pikat suami, pikat perutnya dahulu.
5. Yangnyeom Tongdak (Ayam Goreng Pedas)

Ini adalah masakan Korea kegemaran kami. Di Korea Yangnyeom Tongdok dianggap sebagai makanan segera dan terdapat restoran francais menjualnya. Ayam digoreng dengan rempah sehingga ranyup dan disaluti sos Korea pedas. Kami jamin selepas anda cuba anda pasti tidak akan ke KFC lagi. Sedap sehingga menjilat jari.
4. Japchae (Mee goreng)

Japchae adalah mee goreng versi Korea. Asalnya, bahan asas masakan ini hanyalah campuran sayur-sayuran seperti kerabu. Tetapi seorang chef di Korea telah memperkenalkan masakan ini dengan campuran mee. Bahan asas mee tersebut adalah dari campuran ubi keledek dan kanji. Tektur mee tersebut agak kenyal. Sayur yang dicampurkan kedalam Japchae dimasak sekejap sahaja untuk mengekalkan rasa sayuran tersebut. Jika anda meminati K-Pop ini adalah video promosi Japchae dari Super Junior Eun Hyuk. Beliau juga meminatinya.
3. Bulgogi (Daging BBQ yang diperap)

Bulgogi mirip seperti masakan Barat. Bulgogi terdiri daripada hirisan daging halus yang diperap dengan jus pear, bawang putih, kicap dan bahan-bahan lain. Di Malaysia, selalunya penggemar masakan Korea menyediakan Bulgogi dengan meletakkan diatas pemanggang dan dicampurkan dengan sos BBQ. Tetapi di Korea, Bulgogi disediakan dengan pelbagai cara antaranya adalah dengan merebus hirisan daging dan dicampurkan dengan mee atau dijadikan Sandwich. Rasanya adalah masam-masam manis dan sangatlah berkhasiat dengan kandungan lemak yang rendah.
2. Bibimbap (Nasi campur)

Dalam bahasa Korea, ‘bibim’ bermaksud ‘campur’ dan ‘bap’ bermaksud nasi. Bibimbap terdiri daripada tiga hidangan utama iaitu nasi, sayur-sayuran dan hirisan daging. Sayur-sayuran seperti karrot, tauge, timun, cendawan dan bayam dicelur dan diadun dengan perisa-perisa tertentu. Daging pula dihiris halus sebelum dimasak. Kemudian hidangan ini diletakkan secara berasingan didalam mangkuk. Mengikut tradisi masyarakat Korea, Bibimbap hanya akan digaul sebelum dijamah. Sos Gochujang dicampurkan untuk menambah rasa pedas pada Bibimbap tersebut.
1. Kimchi (Kobis Jeruk)

Untuk penggemar drama Korea, pasti anda biasa mendengar masakan ini. Bahan utama Kimchi adalah Kobis yang dijeruk. Untuk menyediakan Kimchi, daun-daun kobis digaul dengan empingan lada, bawang putih, bawang merah, daun kucai, jus pear, perasa dan bahan-bahan lain. Kemudian ia diperap didalam bekas tembikar sehingga sebulan mengikut kesesuaian. Lagi lama ia diperap, rasa yang dihasilkan lebih lazat. Kimchi boleh bertahan berbulan-bulan dan boleh digunakan sebagai asas bahan untuk Kimbap (Sushi Korea). 
Kimchi dimakan hampir setiap waktu dari pagi, tengahhari hingga ke malam. Mungkin gambar kimchi ini tidak kelihatan begitu menyelerakan tetapi rasanya sungguh lazat. Kimchi adalah hidangan kegemaran rakyat Korea sehinggakan ketika mengambil gambar mereka menyebut ‘Kimchi’ bukannya ‘Cheese’. Mungkin rakyat Malaysia boleh mencontohi rakyat Korea dengan menyebut ‘Gulai’.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More