Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 6, 2015

2015 Honda S660 Dilancarkan Di Jepun

2015 Honda S660

Honda secara rasminya telah melancarkan model terbaru yang digelar 2015 Honda S660 di Jepun! Buat masa ini, ianya hanya dijual di Jepun dan model 2015 Honda S660 ini merupakan pewaris kepada model Honda Beat kei car yang dikilang dari tahun 1991 sehingga 1996.
2015 Honda S660 ini mendapat nama dari kapasiti enjinnya 660cc 3-silinder berkuasa turbo yang mampu menghemburkan 64 kuasa kuda. Ianya merupakan kereta dua tempat duduk yang enjin berkedudukan tengah dan digerakkan menggunakan tayar belakang.

2015 Honda S660

Honda mengatakan model Honda S660 ini memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan di mana ianya mempunyai pusat graviti yang rendah dan pembahagian berat 45/55 depan belakang untuk menjanjikan pergerakan yang lincah di atas jalan raya.
Model 2015 Honda S660 ini juga kini dalam perancangan untuk mengeluarkan versi 1.0-liter turboyang menghasilkan lebih dari dua kali ganda kuasa kuda dari model yang dijual di Jepun. Tidak pasti ianya akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.

2015 Honda S660

Tetapi jika diberikan peluang, dengan kuasa yang cukup kecil ini, sudah pasti ramai yang tertarik untuk menjadikannya kereta bandar yang jimat minyak dan kos penyelenggaraan.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More