Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, April 30, 2015

Petua Berkesan Hilangkan Jerawat Tegar

Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.


Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?
Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas daripada jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

Perhatikan Kenapa Kita Susah? Kitab Al-Barakah Fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah

Mengapa ada di antara kita yang sering ditimpa kesusahan? Selalu sangat diuji dengan kepayahan dan kekadang tak tahu apa punca sebenarnya. Mungkin itu satu cobaan kot! Ini bukan cobaan, tapi ni betul-betullah! Co..ba..an! Ermm...mungkin nak sedapkan hati yang tak berapa nak sedap ni kot.



Akhirnya, beberapa hari lepas saya mendapat emel dari seorang sahabat lama. Di dalam emel beliau, ada dikongsikan beberapa perkara yang menyebabkan kita sering ditimpa kesusahan atau mengalami penderitaan.


Kandungan emel kiriman beliau lebih kurang begini;


Dalam kitab Al-Barakah Fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi ada diterangkan perkara yang berhubung kait dengan kesusahan seseorang.

Ada 43 perkara kesemuanya. Untuk keselesaan anda, harap dapat tarik nafas sedalam-dalamnya dulu ..... dan lepas perlahan-lahan.


Orait, kalau dah lega inilah perkara yang perlu diberi perhatian:


1. Tidak menunaikan solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan di atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai selipar atau kasut dengan kaki kiri dahulu.
5. Memandang ringan di atas apa yang terjatuh ke dalam hidangan makanan.


6. Ambil air sembahyang (berwuduk) sama ada di tempat buang air kecil/besar.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.


11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.


16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tanpa memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.


21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari pasar.
24. Mendoakan perkara yang tidak baik kepada ibu bapa dan anak-anak.
25. Tidak menutup makanan dengan membiarkannya terdedah.


26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.


31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.


36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.


41. Menghadap kiblat ketika membuang air kecil/besar.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air kecil/besar.


Uuih...bagaimana dengan perkara-perkara di atas. Adakah anda pernah atau memang biasa melakukannya?

Jika anda ingin mengelak diri dan keluarga daripada ditimpa kesusahan, saya sarankan agar cuba menghindari amalan di atas.


Mulakan secara perlahan-lahan dan konsisten. Lama-kelamaan anda pasti dapat mengatasinya!


Ahaah! Akhir sekali, saya doakan agar kita semua dapat melatih diri supaya tidak terus melakukan perkara di atas. :)

10 Ingenious Ideas for Small Space Interiors

If you have a small space interior and you wonder how can you make it look organized and well decorated then you have landed at the right place. Have a look at these ideas and get ready to be amazed.

1. A Rotating Room Divider that also Serves as a Bookcase and TV Shelf

1Image Source: bedroomwise

2. Retractable Bed That Lets You Use the Space It Occupies During the Day

2Image Source: freshome

3. Fold Out Dining Table Set

3Image Source: freshome

4. Claim the Space around Your Living Room or Bedroom Window

4Image Source: premiumvietnam

5. L Shaped Couch that Transforms into a Bed

5Image Source: mettespotteridanmark

6. Make a Painted Faux Table Under a Floating Shelf If no Space for a Console Table

6Image Source: oficinadearquiteturabh

7. Free Standing Fold Out Kitchen Equipped with Everything You Need in a Kitchen

7Image Source: culshawbell

8. A Moveable Cubicle That Serves as a Bedroom

8Image Source: ducotedechezvous

9. A Tiny Space Designed with a Loft Bed, Kitchen, Living Room and Bathroom

9Image Source: ducotedechezvous

10. If a Walk-in-Closet is Your Dream Even in a Small Space then Loft Your Bed, Fulfill Your Dream

10

10 Carpet-Cleaning Secrets From the Pros

Despite your best efforts at cleanliness, your carpet will eventually become the victim of drops, spills, accidents, and whatever’s on the bottom of your shoes. To learn how professionals handles problem areas and keep carpets looking new.


1

1 | Blot Stains, Don’t Rub Them

Dab stains with a cleaning solution and a clean cloth, paper towels, or a sponge. “The key is blotting. Blotting puts a small amount of pressure on the stain to soak it up,” Tarbox says. “Rubbing causes the particles to get ground into the carpet fibers, and this can lead to the premature breakdown of those fibers.” Always blot from the outside of the stain inward, as blotting outward can spread the stain.

2

2 | The Club Soda Process

You may have heard that club soda is effective against beer and wine stains. It’s true—if you use it correctly.Blot the area with the soda on a cloth. If that doesn’t work, mix one part white vinegar with one part water and pour it into a handheld sprayer. Spray the solution on the entire stained area and let it sit for 10 to 15 minutes to soak in. Then press a clean sponge onto the area to soak up the solution and the stain. Tarbox says you may have to repeat this process to eradicate the stain.Once the stain is gone, rinse the spot with warm water. Use your hand to brush the carpet strands into their natural direction. Finally, lay white paper towels over the area and weigh them down with something heavy, like a phone book. The towels will absorb the dampness from the carpet. Leave the towels in place until the carpet is dry, usually about one day.

3

3 | Try Shaving Cream

Tarbox says the best carpet cleaner for general stains is ordinary shaving cream—”It will remove just about every type of stain.” Apply the shaving cream directly to the stain and let it set for about 30 minutes, Tarbox says. Once the shaving cream has set, blot it away with a dry white cloth. Finish by spraying the area with one part vinegar mixed with one part water and then wiping away the solution with a cloth.

4

4 | Freeze-Dried Gum

You step in chewing gum out on the street but don’t realize it until you tracked that gross, sticky mess onto your carpet. To get it out, head to the freezer and grab a couple of ice cubes. “Freeze the gum with ice cubes for about 30 seconds.” Tarbox said. Once the gum is frozen solid, use a spoon to lift up the glob and cut the strands of carpet as close to the gum as possible. If you cut only a small amount of carpet, the spot shouldn’t be noticeable.

5

5 | Dishwasher Detergent vs Grease

The best method against difficult-to-clean grease stains is to use a drop or two of a grease-cutting dishwashing detergent, such as Joy, in a cup of water. It’ll cut through the grease in the carpet just the way it does on your dishes. “Put the solution in a spray bottle and spray it on the stain,” Tarbox says. “Then blot it up.” Again, you may need to do this multiple times for larger stains.

6

6 | Heat Wax

Burning candles in the house can result in wax dripping onto the carpet, where it quickly dries and gets embedded. Tarbox recommends heating it back up to remove it. Place a white cloth over your iron, then put the iron on top of the wax to warm it up. Finally, scrape off the wax with a butter knife.”When you are done doing that, lay a paper towel over the surface area and iron on the paper,” Tarbox said. “The wax is melting and binds to the paper, and the wax will be gone after a few more applications.”Important note: Don’t use the iron this way for more than 30 seconds or you risk burning the carpet. And be sure to use a white cloth and white towels since colored ones can transfer the color onto the carpet when heated up, especially if you have a light-colored carpet.

7

7 | Hydrogen Peroxide to the Rescue

Few carpet stains are as obvious as blood. But suffering a paper cut on your finger and getting a few drops on the carpet doesn’t mean your shag is ruined.”Hydrogen peroxide will get out blood all day long,” Tarbox says. First, loosen up dried blood with water mixed with a mild detergent. Then scrape off as much blood from the fibers as you can. To get the remainder, apply hydrogen peroxide directly to the stain. The solution will immediately foam when it contacts the blood, so don’t be surprised. Then dab the hydrogen peroxide with towels to dry the carpet.

8 | Clean Pet Accidents Organically

Even well-trained pets can have an accident on the carpet. Tarbox prefers organic cleaners, which can costs about $10 for a spray bottle, rather than using chemicals. Spray the cleaner at the strain. “Some scrubbing will be necessary,” Tarbox says. Then wipe up the cleaner with a cloth or towels. Eco-Spot and similar cleaners can also be used to remove other types of stains, including coffee and sauces.

9

9 | Candy Crushed

If you have kids in the house, it’s only a matter of time before candy ends up in the carpet. “Try to scrape it with a spotter brush or a butter knife,” Tarbox says. Then, using a sponge, apply water mixed with a mild soap. “It is important to get all of the sugar out of the area on the carpet,” he points out. “Failure to do so will result in that area attracting dirt and debris easily.” Once the candy is removed, dry the spot by blotting it with a cloth or towels.

10

10 | Deep-Clean Regularly

Cleaning the carpet is essential to keeping it looking fresh and new. Steam cleaning involves using a cleaning solution under pressure injected deep into the carpet via water-jet nozzles. Then the machine extracts the solution along with the dirt and debris in the carpet. “The water will penetrate the fiber all the way down to the backing and loosen any embedded soil, remove oil and grease deposits, and get your carpet cleaner than it has ever been,” Tarbox says. He recommends deep cleaning every six months for a family of four.

Mesti Cuba! 4 Tempat Makan Menarik Di Shah Alam

Jom kali ini kita terjah Shah Alam. Shah Alam ini adalah bandar besar untuk Selangor. Pelbagai makanan dapat diperolehi di sini yang sedap-sedap. Memang syurga makanan kata orang. Apa yang menarik antaranya adalah burger, nasi arab dan banyak lagi.
Sebab itulah kami suka ke sini. Terdapatnya aneka pelbagai tempat makan menarik di Shah Alam. Kalau anda pelajar UITM Shah Alam, lagilah pasti ‘expert’ tentang tempat makan di sini.

#1 Burger Yazid

Jalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460
019-688 8709

Burger Yazid terkenal dengan saiznya. Saiznya memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Berdasarkan pengalaman kami, untuk memesan di sini mengambil masa 15 minit. Manakala masa menuggu pula adalah 15 minit.
Secara puratanya adalah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu  tempat makan menarik di Shah Alam ini.
Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

burger yazid

burger yazid


#2 Burger Bakar Abang Burn

(Pusat Komersial Seksyen 7), Shah Alam, Selangor

Selain burger Yazid, burger bakar Abang Burn juga ada di Shah Alam. Memang banyak sungguh cawangan burger bakar Abang Burn ini. Menu yang menarik untuk dicuba adalah ‘meatballs’. Dikatakan lebih sedap daripada meatball Ikea. Betulkah? Selain itu, anda turut boleh mencuba burger versi ‘Chicken Supremo’nya.

burger bakar abang burn

burger bakar abang burn


#3 Pak Li Kopitiam

42, Jalan Kristal K7/7 (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor 40000

Bosan dengan kopitiam Oldtown White Coffe dan Papa Rich? Apa kata cuba makan dan minum di Pak Li Kopitiam. Tempat yang sesuai untuk menghayati secawan kopi. Menu yang menarik di sini yang patut anda cuba bila ke sini adalah nasi ayam lemon dan ‘Golden Fried Rice’ . Boleh juga mencuba mee goreng mamak atau roti bakar nye yang cukup mabless..huhu...
Memang mendapat undian ramai apabila ditanya. Kopi yang boleh dicuba pula adalah kopi putihnya.
Jika anda mahu tambah, pilihan lain yang menarik adalah tiramisunya yang dikisar bersama kopi. Senang cerita ice blended versi tiramisu dan kopi.
pak li kopitiam
pak li kopitiam


#4 Restoran Ceria

Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000

Anda seorang yang tidak ceria? Sedang menghadapi masalah dengan pasangan? Kalau begitu ceriakan diri anda dengan makan diRestoran Ceria. Memang pasti perut anda akan ceria seleaps itu. Restoran ini terkenal dengan masakan versi santai.
Contoh anda boleh cuba makan di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata anda cuba juga nasi lemaknya. Nasi lemak dengan telur bergoyangnya memang bergetah!

restoran ceria

restoran ceria

restoran ceria

Inilah empat restoran kedai atau gerai yang menarik untuk dicuba jika anda berada di Shah Alam.

Senarai Harga Terkini Top Up Prepaid Kekal Mulai 1 Mei 2015

Berita harga terkini Top Up Prepaid atau Reload kekal pada harga sebelum GST mulai 1 Mei 2015. Menerusi pekeliling rasmi yang diedarkan oleh Syarikat Telco, pihak Celcom/ Maxis/ Digi/ Umobile telah bersetuju untuk mengembalikan harga top up pada kadar asal iaitu sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015. Ini bermakna, harga isi semula tambah nilai (prepaid) RM10 akan dijual pada harga sama iaitu RM10 termasuk GST berbanding harga RM10.60.

kad

Pekeliling Harga Terkini Top Up Prepaid Kekal Mulai 1 Mei 2015

kekal

Wednesday, April 29, 2015

Dengan Mengambil Beberapa Gambar Tanpa Kebenaran, Seorang Jurugambar Terkilan Dengan Sikap Sebuah Universiti Di Malaysia

jurugambar-thevocket
Seorang jurugambar terkilan dengan sikap sebuah universiti terkemuka Malaysia bertindak dengan menggunakan gambar hasil jurugambar tersebut tanpa kebenaran.
Nixon Lim mendapati gambar hasil kerjanya digunakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran beliau.
Berikut adalah tindakan yang telah di lakukan oleh Nixon untuk maklum balas lanjut dengan pihak USM.


Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.
“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.
“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.
Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.
“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.
Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP
usm 2
usm 3
usm 1

Ini Pengedar Cendawan Dan Truffle Termuda Di New York, Beroperasi Hanya Menggunakan Van Putih Tanpa Tanda

rtbrt1

Ian Purkayastha ialah seorang pengedar produk keperluan. Bukan saja Ian akan menghantar barang yang dipesan sampai ke depan rumah pelanggan menggunakan van putihnya tapi beliau juga membenarkan pelanggan melihat stok stok yang ada dalam van.

Sebagai pemilik Regalis Foods di Brooklyn, Ian menjual truffle, cendawan, caviar, daging waygu japan, makanan ternakan dan banyak lagi makanan eksotik seperti sperma ikan salmon. Tonton dokumentari menarik beliau di bawah.

Resepi Cara Buat BISKUT KELAPA DELIMA Sedap

BISKUT KELAPA DELIMA


Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Cara Buat BAKE PASTA Sedap

BAKE PASTA


Bahan Utama:-
1 1/2 cawan pasta (tak kisah guna apa bentuk sekali pun)
1 biji kentang
2 biji tomato

Bahan Lapis:-
8 kuntum cendawan shitake segar, dihiris halus
1 cawan susu segar
2 batang sosej ayam berlada hitam, dipotong bulat
1 biji bawang besar, dadu halus
2 biji bawang putih, cincang halus
2 helai bay leaf
1 batang saleri, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Lain:-
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Keju mozarella secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Rebus pasta hingga lembut. Angkat, toskan dan gaul dengan sedikit mentega. Kentang dikupas dan hiris nipis, celur hingga lembut dan toskan. Tomato dihiris bulat. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN:- Dalam kuali, panaskan 2 camca besar mentega hingga cair. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan bay leaf, sosej dan cendawan, goreng hingga wangi. Tuang susu dan masukkan sebuk lada hitam dan garam. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAN BAKE PASTA:- Lenser acuan dengan mentega. Masukkan separuh pasta tadi dan lapis dengan separuh bahan2 lapis. Susun kentang dan tomato, tabur sedikit keju kemudian tuang baki pasta diikuti baki bahan lapisan. Kemudian, bancuh 3 biji telur, susu segar dan serbuk lada hitam hingga rata menggunakan garfu, lepas tu tuang dalam acuan berisi pasta tadi. Susun baki kentang, tomato dan tabur baki keju. Bakar 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C.
  4. Biar sejuk sedikit, keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan bersama cili sos atau mayonies.

Mercedes Benz Didenda US$57 Juta – Kesalahan Tetapkan Harga

mercedes-benz-logo
Menurut laporan dari Bernama, syarikat pengeluar kereta mewah dari Jerman, Mercedes Benz didenda 350 juta yuan (US$57.1 juta) oleh pihak berkuasa wilayah Jiangsu di timur China kerana melakukan kesalahan penetapan harga.
Portal berita rasmi negara itu, China.or.cn, hari ini melaporkan, beberapa pengedar Mercedes turut didenda sejumlah 7.8 juta yuan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Hukuman itu dikenakan berikutan hasil siasatan terhadap dakwaan bahawa pihak Mercedes menetapkan harga jualan minimum bagi kebanyakan pengedarnya di Jiangsu.
Denda 350 juta yuan itu adalah tujuh peratus daripada jualan keseluruhan Mercedes di wilayah itu, tahun lepas.
Sementara itu, China Daily memetik jawapan bertulis jurucakap pengeluar kenderaan Jerman itu sebagai berkata ia akur dan menghormati keputusan itu dan akan segera mematuhinya.
“Berikutan itu, sebagai iktibar, kami turut menghasilkan beberapa langkah pemulihan bersasar yang dibuat berdasarkan undang-undang ditetapkan selepas melakukan pemeriksaan terperinci.
Menurut Mercedes lagi, syarikat automotif dari Jerman akan memastikan pematuhan sewajarnya terhadap undang-undang yang berkaitan, meningkatkan aspek kawal selia peraturan dalam syarikat, rangkaian pengedar serta pelbagai cabang perniagaan bagi mengelak perkara seumpamanya berulang.
Pada September tahun lepas, pihak berkuasa antimonopoli China, Suruhanjaya Pemulihan dan Pembangunan Kebangsaan (NDRC), mengenakan denda US$46 juta terhadap usaha sama antara syarikat tempatan, FAW Auto Group dan Volkswagen (VW) dari Jerman, juga kerana melakukan kesalahan penetapan harga.

VW Golf R 400 Bakal Memasuki Fasa Produksi – 400hp++

VW-Golf-R-400-model-konsep4
Volkswagen telah mengumumkan bahawa model konsep VW Golf R 400 akan memasuki fasa produksi dengan tarikh jangkaan pelancaran ke pasaran sekitar tahun 2016.
Model konsep VW Golf R 400 ini dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbocharged empat silinder yang menjana 400 hp, telah dipertontonkan ketika berlangsungnya Beijing Motor Show tahun lepas. Semenjak dari itu, banyak rumor dan laporan yang keluar tentang model konsep ini, dan sekarang, menurut kenyataan dari Ketua powertrain kumpulan VW, Heinz-Jakob Neusser VW sedang dalam proses ke arah fasa pengeluaran.
VW-Golf-R-400-model-konsep3
Menurut sebuah majalah di Britain, CAR, Volkswagen mahu meningkatkan kuasa output enjin tersebut kepada 420 PS, dan tork 450Nm dengan kuasa dihantar ke sistem pacuan semua roda 4MOTION melalui transmisi DSG enam kelajuan.
Walaupun dengan penambahan kuasa, Golf R 420 (nama masih belum dapat dipastikan) akan tetap kelihatan seperti Golf GTI dan Golf R, akan tetapi dengan kit badan baru yang lebih ber ‘aerodinamik’. Ianya juga akan dipakaikan brek yang lebih besar bagi menyesuaikan dengan penambahan kuasa, sementara beberapa ciri-ciri lain yang turut akan menerima penambahbaikkan bagi menampung enjin yang berprestasi tinggi itu.
VW-Golf-R-400
Jangkaan paling awal kemunculan sulung model ini adalah pada bulan September 2015 ketika berlangsungnya Frankfurt Motor Show, dengan penghantaran pertama kereta ini kepada pelanggannya seawal tahun 2016 di Jerman dahulu, dan bukanlah model beredisi terhad.
sumber : http://www.arenakereta.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More