Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 23, 2015

Tutorial Cara Pakai Tudung Bawal Ala Reben Yang Ringkas Dan Pantas


Anda kesuntukan masa untuk bersiap? Lewat ke pejabat mahupun kuliah kerana terlewat bangun? Jika anda pernah mengalami situasi ini, anda pasti pernah terdetik untuk bersiap ala kadar sahaja kerana ingin mengejar masa. Malah bagi kaum wanita, mereka berasa runsing kerana banyak masa yang terbuang apabila memakai tudung. Maka, ramailah yang hanya mengenakan pakaian dan tudung yang senang dipakai akibat kesuntukan masa. Namun, penampilan yang terhasil kadang-kadang kelihatan membosankan, tidak kemas dan kurang menarik. Hal ini kadang-kadang akan membawa kepada rasa kurang keyakinan diri dan ketiadaan semangat untuk bekerja pada hari tersebut.
Tutorial tudung pada kali ini akan menunjukkan kepada anda cara memakai tudung bawal yang ringkas namun masih menarik dan bergaya. Gaya ini sudah semestinya amat sesuai untuk dipraktikkan apabila anda mempunyai masa yang singkat untuk bersiap akibat situasi seperti yang dinyatakan di atas. Ayuh, jangan membuang masa lagi, mari kita lihat tutorial memakai tudung bawal yang mudah dan ringkas ini.

Antara perkara yang diperlukan:

  1. Tudung bawal (kosong atau bercorak)
  2. Anak tudung
  3. Pin kerongsang

Langkah-langkah:

Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 1
  • Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Lipatkan tudung menjadi segi tiga dan kemudian letakkan tudung di atas kepala. Sebelum pin kerongsang disematkan, pastikan panjang kedua-dua bahagian tudung di sebelah kanan dan kiri adalah sama.
Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 2
  • Betulkan bentuk tudung di bahagian wajah anda. Setelah berasa puas hati, ambil kedua-dua bahagian hujung tudung.
Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 3
  • Simpulkan kedua-dua bahagian hujung tudung tadi seperti di dalam gambar.
Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 4
  • Simpulkan tudung dengan kemas seperti di dalam gambar. Pada langkah ini juga anda boleh menetapkan jarak reben mengikut kehendak masing-masing.
Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 5
  • Setelah itu, simpulkan tudung anda seperti menyimpul reben. Reben di tudung seharusnya kelihatan seperti di dalam gambar. Setelah mendapat bentuk reben yang anda inginkan, kemas-kemaskan ia agar kelihatan lebih cantik dan menarik.
Bergaya ringkas dengan tudung bawal ala reben 6
  • Tadaaa! Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal ini. Sangat mudah dan ringkas bukan? Cubalah sendiri.
Gaya tudung ini adalah sangat mudah dan boleh anda gayakan di mana-mana jua pada bila-bila masa. Oleh sebab gaya yang amat ringkas dan pantas ini, ia sangat ideal untuk mereka yang mempunyai masa yang singkat untuk bersiap. Lambat ke kelas, ke pejabat, ataupun bertemu janji dengan pasangan mahupun teman-teman, hanya ikuti langkah tutorial yang mudah ini untuk tampil menarik dan berasa yakin dan juga ceria sepanjang masa!
Mungkin sesetengah fesyenista Muslimah berasa kurang tertarik dengan gaya ini kerana ia sangat pendek dan tidak menutupi dada seperti yang dianjurkan oleh syariat. Usah risau, sekiranya anda berminat dengan gaya ini namun masih mahu menutup aurat dengan sempurna, gunakan tudung bersaiz besar. Ia pasti menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya anda juga teringin mengenakan aksesori, tambahkan penggunaan rantai untuk menghasilkan penampilan akhir yang lebih elegan dan menawan.

Giliran Anda


Apa pendapat anda mengenai gaya tudung bawal kali ini? Cukup menarik untuk anda cuba? Atau anda mempunyai sebarang cadangan dan pandangan yang lebih menarik? Kalau ada, apa salahnya berkongsi bersama kami di ruang komen di bawah.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More