Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 19, 2015

Tutorial Cara Pakai Selendang Glitter


Kepelbagaian fesyen dan jenis selendang pada hari ini sudah tidak dapat dinafikan lagi. Jika dilihat, pasti setiap hari ataupun setiap masa terdapat satu idea dan produk selendang terkini yang boleh ditemui, antaranya seperti selendang ‘glitter’ ini.
Selendang ini sudah tentu menarik ramai perhatian para fesyenista di luar sana kerana cirinya yang berkilau dan cantik. Tidak sukar untuk menggayakan selendang cantik ini. Hanya mengambil masa yang singkat dan anda sudah bersedia untuk menghadiri majlis makan malam atau majlis prestij lain! Ayuh kita lihat tutorial mudah dan ringkas ini.

Antara perkara yang diperlukan:

  1. Selendang ‘glitter’
  2. Inner neck atau anak tudung
  3. Pin kerongsang
  4. Jarum peniti

Langkah-langkah:

Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 1
  • Letakkan selendang di atas kepala. Mulakan dengan langkah asas memakai selendang dengan membahagikannya kepada dua bahagian iaitu bahagian yang panjang dan panjang. Terpulang kepada anda menentukan sebelah mana bahagian mana yang panjang dan pendek tersebut.
Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 2
  • Setelah anda sematkan kerongsang di bawah dagu, ambil bahagian panjang selendang tadi dan lilitkan ke bahagian atas kepala.
Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 3
  • Oleh sebab kain selendang ini sedikit keras, ia agak mudah untuk dibentuk dan dikemaskan. Pastikan lilitan tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan dan kedutan untuk hasil yang cantik.
Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 4
  • Seperti biasa, setelah berasa selesa dengan lilitan tadi, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala dan juga di bahagian tepi seperti di dalam gambar. Ini penting agar selendang anda tidak mudah jatuh ataupun tertanggal.
Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 5
  • Setelah selesai melilit bahagian yang panjang, ambil bahagian selendang yang pendek pula dan bawa ke bahagian bahu yang bertentangan. Kemaskan alunan sebelum pin kerongsang disematkan. Pada langkah ini juga, anda bolehlah memberi kemasan dan sentuhan terakhir untuk selendang ini.
Tampil anggun dan menawan dengan selendang glitter 6
  • Baamm! Inilah hasilnya. Mudah dan sekejap sahaja bukan? Tunggu apa lagi, cubalah sendiri.
Kain selendang yang bersifat berkilau ataupun ‘glitter’ yang digunakan pada tutorial ini bukan sahaja membolehkan anda memakainya ke mana-mana majlis glamor dan istimewa, malah juga boleh digayakan ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Anda boleh hadir ke pejabat, ke kuliah ataupun bersiar-siar dengan teman-teman anda. Gaya ini juga turut membantu anda untuk bersiap dalam masa yang singkat. Tidak perlulah kelam kabut ataupun mengambil masa yang lama lagi! Hanya ambil selendang, lilit sana dan sini, dan anda sudah siap untuk tampil bergaya ke mana jua destinasi pilihan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More