Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 10, 2015

Tip-Tip Penjagaan Dan Penggunaan Bateri Handphone Yang Betul


Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak?

Kini telefon bimbit dah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun.

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ni dalam sehari ada yang kena cas lebih dari sekali. Ya kan?

Bateri telefon ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri tu kembung, mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru. 

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin -Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri. 


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas – pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta – Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam – Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas – Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 

Ini antara cara yang boleh korang cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Buat apa nak membazir duit selalu untuk beli bateri baru kan, lain lah kalau banyak duit....hehehe


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More