Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 26, 2015

Tanda-Tanda Anda Sudah Nyanyuk!

Tanda tanda anda perlupa

tanda lupa, perlupa, kuat ingatan, aktiviti kuat ingatan, senaman mata
Tanda tanda anda perlupa, adalah seperti di bawah:
  1. Hilang daya ingatan (lupa temu janji, tidak boleh mengimbas semula perbualan atau kegiatan terkini)
  2. Silap meletak objek dan memikirkan barang terbabit dicuri
  3. Mengelamun (keliru di tempat baru, terlupa tarikh, masa dan lupa arah pulang ke rumah)
  4. Percakapan (terlupa nama objek umum, penggunaan perkataan tidak sesuai dan sering mengulangi ayat dan kenyataan)
  5. Hilang minat pada hobi dan kegiatan kegemaran, mengelak melakukan kegiatan yang pernah disukai
  6. Sukar mengingati sahabat, rakan sekerja dan ahli keluarga, terlupa nama cucu dan kadangkala kawan dianggap orang asing
  7. Sukar melakukan kegiatan kompleks atau rumit (menyimpan buku cek, mengira wang dan menggunakan telefon)
  8. Berkelakuan ganjil (bersiar-siar pada waktu malam dan bersikap agresif)
  9. Tahap kebersihan diri rendah (terlupa gosok gigi, lambat pakai pakaian dan tidak berpakaian sewajarnya serta terlupa mandi)
  10. Berikut beberapa fakta serta gejala yang wajar anda ketahui berkaitan penyakit demensia:
  11. Sejenis penyakit otak yang berlaku secara progresif. Dianggarkan 24 juta orang di seluruh dunia mengalaminya.
  12. Berlaku secara perlahan, malah ada kalanya langsung tidak disedari sehingga mencapai peringkat teruk.
  13. Menyebabkan kesukaran mengingat sesuatu, malah boleh menjejaskan keupayaan berfikir sehingga mengganggu rutin harian seperti memandu
  14. Di Asia Pasifik, dianggarkan 18 juta penduduk menghidapinya dan 60,000 daripadanya rakyat Malaysia. Angka ini dijangka meningkat sekali ganda menjelang 2020.
  15. Di New South Wales, Australia, setiap pemandu berusia 70 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan bagi memastikan kesihatan mental mereka baik dan mampu mengendalikan kenderaan. Bagaimanapun, hal ini belum dipraktikkan di negara kita.
  16. Pesakit demensia tahap sederhana boleh memandu. Namun begitu, pemantauan perubatan harus kerap dilakukan.
  17. Penilaian dan pemantauan pesakit demensia dalam keupayaan memandu bukan mudah kerana gejala dialami setiap penghidapnya berbeza-beza.
  18. Pesakit tidak digalakkan memandu berdasarkan beberapa situasi seperti:
  19. Terlupa di mana mereka memandu dan mengapa memandu kenderaan
  20. Sesat di laluan yang biasa dilalui
  21. Mengalami gangguan konsentrasi
  22. Mengalami masalah penglihatan
Sebab perlupa
  1. Penyakit strok atau angin ahmar yang berulang
  2. Penyakit Alzheimer, terutama di kalangan warga emas
  3. Kekurangan vitamin B12
  4. Jangkitan sifilis atau penyakit kelamin
  5. Hipotirodism iaitu kekurangan hormon tiroid, iaitu toksin
  6. Terlalu banyak minum minuman keras
  7. Penyakit Parkinson
  8. Jangkitan HIV
  9. Faktor keturunan
  10. Tumor atau ketumbuhan sama ada di belakang atau depan otak
  11. Penyakit campak. Selepas lima tahun mengalami campak, segelintir individu menjadi mangsa demensia
  12. Penyakit hidrosefalus. Pesakit mengalami masalah untuk berjalan, kencing tidak terkawal dan ruang cecair dalam otak menjadi bengkak
Cara atasi masalah perlupa:
Sebaik-baiknya, lakukan aktiviti yang merangsang minda bagi mengelak diserang perlupa (demensia). “Ini ter masuklah menyertai jaringan sosial dengan masyarakat, selalu berfikiran positif, amalkan hidup dan pemakanan sihat seperti bersenam aerobik, berjalan pantas dan berjoging yang merangsang salur darah dalam otak terbuka yang baik untuk pengaliran darah.
“Mereka yang hidup di sekeliling masyarakat yang teguh di segi sosial dan kejiranan juga lebih terlindung daripada gejala ini,”
Maka peranan agama memain peranan utama, teguh imam dan kita jugaharus bermasyarakat.
Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More