Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 19, 2015

Tahukah Anda Pakaian Mewah Guna Kimia Berbahaya

Tahukah Anda? Dua pertiga daripada pakaian mewah yang diuji dalam satu kajian oleh aktivis pencinta alam sekitar Greenpeace mengandungi bahan kimia berbahaya, kata kumpulan itu.


Kumpulan itu menggesa jenama fesyen supaya mematuhi peraturan tidak menggunakan bahan kimia beracun menjelang 2020. Ia juga meminta pembekal mendedahkan mana-mana bahan kimia toksik yang mereka buang ke persekitaran.

Greenpeace berkata, siasatannya menguji 141 pakaian daripada 20 jenama fesyen global dibeli di 29 negara dan rantau ini April tahun ini untuk bahan kimia yang mungkin membahayakan alam sekitar atau kesihatan manusia.

Pakaian itu dibuat di sekurang-kurangnya 18 negara, kebanyakannya di negara membangun. Sampel diuji termasuk jeans, seluar panjang, baju-t, gaun dan seluar dalam, katanya.

Ujian mendapati 89 pakaian mengandungi tahap boleh dikesan nonylphenol ethoxylates (NPEs), bahan kimia yang boleh mengganggu hormon.

Walaupun dengan kuantiti kecil terkumpul bahan sebatian seperti NPE dalam barangan pakaian individu, yang dibenarkan mengikut undang-undang, masih merosakkan, kata kumpulan dalam laporannya.

Pada pertunjukan fesyen di sini, seorang model berpakaian seluar cetakan harimau bintang membawa beg intravena (IV) dipenuhi cecair berwarna jingga, sementara seorang lagi memakai bengkung gading gajah dengan pendakap leher yang terkeluar dan topeng muka.

Seorang model lain memakai bedak hitam di sekeliling matanya seolah-olah seperti lebam bergaya ganas dengan tangannya diikat pada anduh.

Jenama fesyen utama menukar kita semua kepada mangsa fesyen dengan menjual pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran air toksik di seluruh dunia, kedua-duanya apabila ia dibuat dan dibasuh, kata Li Yifang, juru kempen kanan toksik untuk Greenpeace Asia Timur, dalam satu kenyataan.

Laporan itu, bertajuk: Toxic Threads: The Big Fashion Stitch-Up, juga berkata paras tinggi toksik phthalates ditemui dalam empat produk dan amine (dari ammonia) penyebab kanser daripada penggunaan pewarna azo ditemui dalam dua produk.–Agensi

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More